A message from junior..

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dipanjatkan kepada Allah S.W.T. kerana dengan izin dan inayah-NYA masih dapat aku bernafas di muka bumi Allah ini.Hari ini,hari Jumaat,penghulu segala hari dan hari yang penuh berkat.

Pagi tadi,semasa aku sedap menjamu bihun+lodeh sempena jamuan fakulti,aku menerima satu mesej dari juniorku semasa bersekolah di SABAR.Selepas membaca berulang kali aku merasakan ia satu mesej yang menarik dan berkesan di hati.

"Orang yang beriman selalu punya cara sendiri untuk mengawal hatinya,meskipun apa yang menimpanya berlawanan dengan apa yang diinginkan dalam kehidupan.Saat mendapat musibah,air matanya menitis..tetapi hatinya tetap meyakini bahawa apa yang diberikan Allah padanya pasti yang terbaik untuknya.Fizikal dan fikirannya mungkin penat,tetapi tidak hatinya yang terus yakin bahawa apabila dia diuji oleh Allah itulah tandanya bahawa Allah masih sayang padanya"

SubhanAllah..mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan hamba-hambaNYA yang bersyukur,sabar dan redha...ameen..

Cukuplah sampai di sini buat kali ini.InsyaAllah,aku akan update dengan entri yang terbaru esok..

Wallahua'lam...

1 GosiP bErduRi:

alhamdulillah dpt gak tazkirah =)

 

Post a Comment