Berkata Jibril a.s:” Wahai Rasulullah s.a.w, barang siapa yang membaca selawat ke atas kamu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali,maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian sirot seperti kilat menyambar”.
Berkata pula Mikail a.s:” Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu”.
Israfil a.s pula berkata:” Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah mengampuni orang itu”.
Malaikat Izrail a.s pula berkata:” Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi”.
Antara dalil-dalil Hadis Tentang Selawat:
1.Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”( Hadis Riwayat At-Trimidzi )
2.Sabda Nabi s.a.w : “ Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus . “ Hadis Riwayat Ahmad & Al-Khatib )
3.Sabda Nabi s.a.w : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada . “( Hadis Riwayat Abu Daud )
4.Sabda Nabi s.a.w : “ Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya. “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )
(Marilah perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w)
*Dalail mengenai selawat ini aku petik dan kupas dari adeqsyah.multiply.
How To Use Multi Window On Samsung Galaxy S8
6 years ago
0 GosiP bErduRi:
Post a Comment