aku..dan aku..

Assalamualaikum wbt..
Sudah lama rasanya aku tak menaip dan update blog ni.hari ini,petang yang cerah walaupun pagi tadi hujan..hari yang penuh berkat bagi aku.Alhamdulillah aku masih berpeluang bertemu 11 Oktober bersamaan 22 Syawal.Aku menghitung hari,sempat lagi ke nak habiskan puasa 6 yang masih berbaki 3 hari.Apabila dicampur,ditolak,didarab dan dibahagi..insyaALLAH masih sempat untuk aku menghabiskan puasaku itu melainkan nafas ini sudah Allah berhentikan.

Pagi-aku bangun dari tidur dengan azam baru dan semangat baru.Usai menunaikan solat,aku on facebook.Tidak lama selepas itu,aku bersedia untuk pergi ke pavillion.Aku ada game hari ini.Sukan Muslimah.Aku set dalam fikiran,aku nak menang.Menang dalam game bola baling.Dengan langkah yang penuh harapan,aku menghampiri bas.Alhamdulillah bas banyak.No need to queue.Hmm..memang seronok.Satu perasaan yang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata.Hanya orang yang mengerti sahaja memahami.Seriously,aku tak gemar tengok queue yang panjangnya berela-ela.Tambahlah kalau aku racing against time.

Dalam bas,kak D beritahu aku group kami tak cukup player.Only 5 players..Huh..apa kes ni?Semangat aku nak berlari baling bola,tapi dah tak cukup player boleh ke nak masuk competition.Kak D cakap yang dah tulis nama tu,tarik diri last minute.Unlike la..kalau takde komitmen kan better bagi peluang pada orang lain yang lagi beria nak main.hmm..it's ok la.Dengan kata yang bagi aku boleh memujuk hati ni,Kak D cakap kita boleh tarik player dari netball @ futsal.Pinjam sekejap.Tapi yang betul buat aku risau,sekiranya game kami clash.Mana nak cari orang..Sambil bercerita bersama teman sekerusi di dalam bas,otak aku ligat memikir.Kami mesti cari pengganti.hmm..

Akhirnya,kami dapat cari pengganti.In one game,6 players should play include goalkeeper.Group aku berbekalkan 6 orang pemain,memulakan game tepat jam 9 pagi walaupun hujan renyai-renyai ketika itu.Hmm..no reserve..tak kisahlah.asalkan still in competition.Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim,kami memulakan permainan.Camellia Court vs Acacia Avenue.Bermain dengan senyuman+psycho+semangat+kerjasama+fokus=winner.I love that game.3-0.Really enjoy walaupun aku menyerang without spectacle.Amat kabur dan hanya guna kata hati.hehe..

2nd game,3rd game..kami kalah..aku keluar padang dengan perasaan hampa.Sangat geram.Banyak peluang terlepas dan salah seorang yang mensia-siakan peluang yang diberi ialah aku.maybe i the one should be blame.huhu..2-1,3-1.Aku tak suka kalah..tapi aku tetap redha.Adat pertandingan ada menang dan ada kalah.huhu..I try to be a good stricker but i'm failed..Whatever,atas kerjasama semua pemain,aku tetap bersyukur sebab gawang lawan dapat ditembusi.Alhamdulillah..Thanks guys..U all are the best.=)Teringat aku kartun Wonderpets.."apa yang penting,kerjasama.."

Last game,kami import pemain bola tampar yang dah habis game waktu tu.Kami dah mula semput.Main dengan takde reserve memang perit.Alhamdulillah,kami menang akhirnya dan yang paling sweet,kami dapat tempat ketiga.Dapat juga daripada tak dapat apa-apa.Memang berbaloi.Thanks Allah..(>_<)

Petang-Kami beranjak dari pavillion lebih kurang jam 2.Kami tak pergi NATA sebab dah penat sangat.So,kami balik awal dari orang lain dengan menaiki prebet.Maaf ye kepada pihak yang berkenaan.Kami berada dalam situasi serba salah dan akhirnya kami membuat keputusan dengan mendahului kepentingan kami sendiri.Even it is look like we are selfish but it is difficult to decide actually.huhu..duibuqi..

Aku menyedapkan hati sendiri dan berharap tiada pihak yang terkilan dengan tindakan kami ni.Selepas mengucapkan tata kepada kawan-kawan di dalam prebet,aku mengorak langkah ke rumah.Alhamdulillah rumahku di tingkat 2..taklah penat sangat diri ni mendaki tangga.Setiba di rumah,aku onkan laptop.Rindu pulak dengan laptop ni walaupun laptop pinjam.huhu..Kepala dah mula berdenyut dan kaki terasa melecet.Aku bersiap untuk solat dan decide untuk tidur selepas itu.Hmm..letih sangat dan aku berdoa mudah-mudahan aku tak demam.Maklumlah bermain dalam hujan.Lainlah kalau aku bermain pegang payung.hehe..

Sebenarnya,masih banyak asignment yang perlukan perhatian aku.Kalau tak disentuh,takut merajuk.So,aku putuskan nak buat tahlil malam ini.tahlil sauti,dilali,mu'jami,nahwi dan sorfi..alhamdulillah aku dapat ayat pendek dari surah Al-Ghasyiah..moga ALLAH permudahkan urusanku yang satu ini.

Mandarin pun masih belum complete.Belum lagi nak i'rab Tamyiz dan Mamnuq minassorf..Banyak juga kerja yang aku kumpul..InsyaALLAH mudah-mudahan aku dapat menyiapkannya secepat mungkin..ameen..

Petang yang beransur ke senja-Aku risaukan exam yang kian menjelang..Tidak lama lagi aku akan duduk di dalam stadium menjawab soalan peperiksaan..Final Exam!!
Hmm...preparation is zero..Aku mula membelek kembali feature aku yang bertajuk 'Last Minute Study Tips' yang aku submit pada En.Zainol dan Cik Maz jumaat lepas.Hmm...boleh ke i follow benda ni??

*Aku adalah aku.Moga aku akan lebih kuat study lepas ni.Aku akan kurangkan anasir2 yang menyebabkan aku leka dan alpa daripada study..Hati ini tiba-tiba sayu tatkala mengenangkan mummy dan babahku yang bersusah payah mencari rezeki bagi menyara kami adik beradik..To my sis eti and my bro aiman..moga kita dapat menjadi anak-anak yang dapat menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa kita..ameen..Moga ALLAH sentiasa meredhai dan memberkati kita semua..ameen..

=Ini adalah satu catatan bagi diriku untuk hari ini..moga aku dapat memperbaiki kelemahan diri ini dan lebih tabah menghadapi hidup.
wallahua'lam..

0 GosiP bErduRi:

Post a Comment