Apabila hati ini berbicara..

بسم الله الرحمن الرحيم
Pagi yang tenang,dengan udara yang segar bertemankan bunyi kipas yang berpusing ligat,aku tersandar merenung dinding.Sepi.Jam menunjukkan pukul 2.03 pagi.Mata masih segar dan tiada tanda-tanda mahu layu kembali.Amat bagus sekali bertahajjud dan mengulangkaji pada waktu sebegini.Aku berfikir sejenak,merangka plan yang mahu dilaksanakan sepanjang tempoh 4 jam ini sebelum waktu subuh menjengah.

Terasa seluruh badan sakit sekali bahana game pagi semalam.Dari kepala sampailah hujung kaki.Kepala masih berdenyut,hidung mula menunjukkan ke arah positif untuk kembali selesema,ton warna di muka memang sedikit berubah dari coklat ke kecoklatan,leher lenguh mungkin tidur tanpa beralas sebentar tadi,tangan memang sakit mungkin disebabkan aktif membaling bola ke kiri dan ke kanan,perut memang meragam sebab aku memang diarrhea akibat makan nasik lemak yang basi,kaki memang lenguh dan sengal sebab dah lama tak berlari dan bersukan,jari kaki pula dah melecet akibat kasut yang dipakai kemungkinan tidak sesuai.

Al-kisahnya,aku akan mudah lupa diri bila berada di alam permainan ini.Kalau dah nama suka bersukan,beginilah gayanya.Gian betul-betul dilepaskan.Jadi aku memang menggunakan peluang yang ada untuk bersukan dan mengurangkan lemak yang sudah lama tepu di badan.Apatah lagi berjoging keliling tasik depan kolej pun tak pernah nak amalkan.Sepanjang 3 tahun mendiami Camellia Court,hanya tiga kali aku meringankan kaki berjoging mengelilingi tasik.Apabila dicongak kebarangkalian tu setahun sekalilah aku berjoging.Hanya satu alasan yang boleh menerangkan kenapa aku tak amalkan salah satu cara untuk menjaga kesihatan ini.Amat ringkas,padat,dan tuntas.Semuanya gara-gara tiada masa.

Cepatnya masa berlalu.Tahlil yang aku buat masih terbengkalai.Tapi taklah selama mana projek shopping complex yang terbengkalai di Seremban yang aku perhatikan saban tahun.Selepas ini,aku nak sambung buat tahlil.Perkara yang di luar kepakaran aku ni memang betul-betul menguji kesabaran.Esok kelas nahu,satu kelas yang kadang-kadang membuatkan aku belajar dalam ketakutan.Sekiranya tiada persediaan,jangan harapla hati ni tenang menuju ke kelas seawal jam 8 setiap hari Isnin.Moga esok hari membawa sinar kefahaman yang tinggi dalam diri ini.Ya ALLAH permudahkanlah segalanya..

Sebelum ini,aku sudah tidur hampir 3 jam.That's why mata ni masih segar bugar.Letih sangat diri ini kurasa.So,aku menggunakan keadaan aku yang dhaif dengan mata yang semakin layu dan kepala yang semakin berdenyut dengan tidur.Asignment aku tinggalkan sert-merta kerana tiada daya untuk berfikir dan mencari solusi.Terjaga dari tidur aku sedikit cuak kerana khuatir masa meluncur laju ke angka 3 @ 4.Diri ini perlu distudikan dengan Nahu.Handset dibelek dan aku menemui 2 mesej yang masih belum dibaca.Tidur tahap unconscious rupanya.Oh,dari mummy dan eti,adikku.Kedua-duanya bertanyakan khabar aku."Confirm rindukan aku",telahku.Eh lupa pulak,akukan insan kesayangan dan anak manja familyku.huhu..Mesti membebel tahap gaban adikku Aiman sekiranya dia tau aku cakap aku anak manja..=)

Hmm..diarrhea again and again.Tidak mengapa inikan semua dugaan Allah..Apapun,Alhamdulillah aku masih bernyawa..I think better i stop here.InsyaALLAH sekiranya dipanjangkan umur,masih wujud bebelan aku di sini.Moga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.Ameen..

Salam sayang buat semua yang dirindui..Dekat ataupun jauh mereka dari mataku ini,mereka tetap dekat di hati.Senyumlah kerana diri anda sedang dirindui dan disayangi.(>_<)
Wassalam..

1 GosiP bErduRi:

rindunya pada kampung halaman....
paling rindu kt family..
apa pon rindulah kita pada yang Maha Pencipta melebihi segala2ya..

 

Post a Comment