Assalamualaikum wbt..
Hari ini aku ingin berkongsi mengenai adab-adab berdoa.Doa itu otak ibadat.Setiap hari bukan sahaja selepas solat,kita akan titipkan doa memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah.Hanya kepada Pencipta kita layak memohon kerana segala yang terjadi adalah di bawah percaturan-Nya.
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Allah berfirman,"Minta doalah daripada-Ku,nescaya aku akan menerima doamu"(Al-Mukmin:60)
Perkataan doa banyak terdapat dalam al-Quran dalam pelbagai pengertian. Doa merupakan satu ibadah.
Firman Allah :وَلاَ تَدْعُ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَنفَعُكَ وَلاَ يَضُرُّكَ فَإِن فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِّنَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya:"Dan janganlah kamu berdoa kepada selain Allah, iaitu kepada sesuatu yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepada engkau dan tidak kuasa pula mendatangkan mudarat kepada engkau"- surah Yunus: 106.
Antara adab-adab berdoa ialah:
-Mulakanlah doa dengan memuji Allah S.W.T dan berselawat ke atas nabi junjungan kita,Rasulullah s.a.w kerana ada ganjaran daripada berselawat kepada baginda.Perkara ini dijelaskan melalui hadis:
صَلَّى الله عليهِ بها عشرًا
Maksudnya:Akan dibalas dengan sepuluh kali selawat daripada Allah S.W.T(Hadis Riwayat Muslim)
-Memilih waktu yang baik bila berdoa seperti hari Arafah,hari Jumaat,bulan Ramadhan,waktu sahur,waktu malam dan sebagainya.
-Memilih suasana yang baik seperti waktu sujud,waktu hendak mendirikan sembahyang,waktu di antara dua khutbah dan sebagainya
-Menghadap kiblat dengan mengangkat dua belah tangan sehingga nampak ketiaknya,dan menyapu dua tangan ke muka apabila selesai berdoa.
-Tidak mengangkat suara di waktu berdoa.
-Berdoa dengan penuh perasaan takut dan gerun ke atas kehebatan dan kebesaran Allah serta khusyuk kepada-Nya.
-Merasa tenang dan yakin dengan penerimaan Allah dan menaruh penuh harapan kepada-Nya.
-Doa susunan katanya tidak memberatkan dan tidak bersajak.
-Berdoa dengan penuh khusyuk dan diulang-ulang sebutannya.
-Membersihkan batin dengan bertaubat kepada Allah dan hanya menerima Allah sepenuhnya.
-Bersih badan daripada kekotoran hadas dan najis.
-Tutuplah doa kita dengan puji-pujian kepada Allah dan Rasulullah s.a.w sekali lagi dengan hati yang penuh yakin semoga doa yang dipohon akan dimakbulkan-Nya.
Firman Allah:
دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلاَمٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Maksudnya: Doa mereka di dalamnya terkandung," Subhanallahumma " dan salam penghormatan mereka ialah"Salam", manakala penutup doa mereka ialah "Alhamdulillahi Rabbil Alamin".(Surah Yunus:10)
How To Use Multi Window On Samsung Galaxy S8
6 years ago
1 GosiP bErduRi:
..." Berdoalah kamu kepadaKU, nescaya akan KUperkenankan...."
oleh itu,untuk ingatan diri ana dan semua...
jgnlah kita malas untuk meminta (berdoa) pada ALLAH...
Post a Comment