Assalamualaikum wbt..salam sayang salam ukhwah...
Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH kerana memberi kekuatan kepada diri ini.Sudah lama rasanya tak menaip dan berkongsi sesuatu memandangkan aku sedikit sibuk menyiapkan baki-baki assignment.Semalam,Jumaat-24 Oktober aku dah submit semua assignment.Alhamdulillah,aku bersyukur tak terhingga dan sangat gembira kerana sekarang boleh fokus untuk study.Final exam akan bermula tak lama lagi so aku dah start to be serius.Serius untuk study and study untuk serius..?
Hmm..entri kali ini aku nak membebelkan pasal sesuatu yang memang menyedihkan hati,menyakitkan hati dan buat aku geram.Aku tahu bukan aku seorang sahaja yang akan berperasaan sedemikian malah semua umat Islam.
Rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalian,kemungkinan ada antara anda semua sudah maklum mengenai isu ini.Sejujurnya,aku baru terjumpa mengenai Al-Quran dihina di blog PEMBELA.Sedihnya hati ini mengenangkan ada manusia yang sanggup menconteng dan mengoyak Kalamullah.Tidakkah mereka tahu Al-Quran adalah untuk dibaca,dihayati,difahami dan diamalkan? Janganlah sesekali mencari murka Allah kerana tegakah kita menghadapi tsunami ataupun gempa bumi atas balasan kemungkaran kita??
Astaghfirullahalazim...moga-moga Allah mengampuni penconteng Al-Quran ini.Mudah-mudahan tiada lagi umat Islam yang sanggup menghina AL-Quran kerana Allah telah memuliakan kita kaum muslimin dengan menurunkan sebaik-baik kitab iaitu al-Quran sepertimana Allah memuliakan kita dengan mengutuskan sebaik-baik rasul. Kaum muslimin adalah satu-satunya umat yang mempunyai perutusan dari langit yang terpelihara daripada penyelewangan dan kebatilan. Perkara ini disebabkan kerana Allah sendiri yang memeliharanya. Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya kami yang memeliharanya.” (al-Hajr, ayat 9)
Buat renungan diri ini dan semua,marilah kita hayati bersama-sama tujuan Al-Quran diturunkan.Kita tidak akan melakukan perkara terkutuk itu sekiranya kita memahami dan beramal dengan Kalamullah ini.Check it out->
Al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada nabi s.a.w. yang ditulis di dalam mushaf yang dipindah dengan tawatur dan menjadi ibadat membacanya.
Penurunan Al-Quran mengandungi tujuan-tujuan (maqasid al-Quran) yang tertentu.
Pertama, tujuan al-Quran ialah membetulkan akidah, mensabitkan ketuhanan Allah yang Maha Esa, tugas nabi-nabi dan penyataan kewujudan hari akhirat. Al-Quran mengambarkan bahawa syirik merupakan satu perbuatan dosa yang besar dan tidak diampuni oleh Allah. Kesemua para nabi menyeru manusia kepada Allah yang Maha Esa. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan sesunguhnya kami telah mengutus rasul pada setiap umat yang menyeru ; “sembahlah Allah saja dan menjauhi Thaghut itu.” (al-Nahl, ayat 36) Di samping itu, al-Quran menjelaskan keperluan manusia kepada nabi-nabi dan risalahnya, menerangkan tugas para nabi dan menolak dakwaan dan tanggapan yang salah mengenai nabi. Al-Quran juga menjelaskan kewujudan hari akhirat itu benar dan pasti setiap manusia akan menghadapinya.
Kedua, tujuan al-Quran ialah pengisytiharan terhadap kemuliaan manusia dan hak-haknya. Al-Quran menegaskan bahawa manusia adalah makhluk yang mulia yang dijadikan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian. Oleh sebab itu, al-Quran melarang sebahagian golongan pelampau yang mengharamkan perkara-perkara baik dan perhiasan seperti yang diungkapkan oleh Allah dalam surah al-Araaf, ayat 32. Al-Quran juga memperakui hak-hak asasi manusia seperti kebebasan bersuara, berfikir, beriktikad, tempat tinggal dan mencari reziki.
Ketiga, tujuan al-Quran ialah memberitahu bahawa manusia diciptakan adalah untuk beribadat kepada Allah. Allah yang menciptakan manusia, memberi reziki, mengurniakan pelbagai nikmat yang tidak dapat dihitung. Oleh itu, menjadi hak Allah untuk manusia bersyukur dan bertakwa kepadanya. Orang yang bertakwa akan mendapat keberkatan, reziki yang murah, terpelihara dari gangguan musuh, sentiasa mendapat petunjuk dari Allah dan berjaya dari azab akhirat.
Keempat, tujuan al-Quran adalah untuk menyucikan jiwa manusia (tazkiyyah al-Nafs). Al-Quran sentiasa menyeru manusia supaya membersihkan jiwanya dengan melakukan kebaikan. Beruntunglah orang yang dapat memimpin jiwanya ke arah keredhaan Allah. Secara fitrahnya, jiwa boleh terjerumus ke lembah kehinaan apabila ia tidak dididik dan jiwa boleh mencapai tahap termulia apabila ia dibersihkan. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan jiwa serta penyempurnaan ciptaanya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” (al-Syams, ayat 7-10)
Kelima, tujuan al-Quran ialah membina keluarga yang soleh yang menjadi teras kepada kekuatan umat. Al-Quran menggalakkan umatnya supaya berkahwin kerana perkahwinan itu dapat melahirkan ketenangan, kebahagiaan dan rahmat. Al-Quran memerangi golongan yang menghalalkan homoseksual dan lesbian kerana ia melanggari fitrah manusia. Di samping itu, Islam juga memerangi golongan yang mengharamkan perkahwinan atas alasan bahawa perkahwinan adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan. Al-Quran juga memberi kedudukan yang mulia kepada wanita dengan mengangkat martabat mereka menyamai kaum lelaki dari segi amalan dan ganjaran pahala.
Keenam, tujuan al-Quran adalah untuk membina umat yang mempunyai kemuliaan dan menjadi saksi atas umat yang lain. Umat yang mengasaskan kehidupannya berteraskan kepada akidah, syariat dan akhlak Islam sekaligus membawa rahmat kepada manusia sejagat. Firman Allah yang bermaksud : “Dan tidak kami utuskan kamu (Muhammad) kecuali untuk membawa rahmat bagi seluruh alam.” (al-Anbiya’, ayat 107)
*petikan dari blog PEMBELA dan MINDA MADANI ONLINE..
Wallahu'alam..
من
undefined..
6 GosiP bErduRi:
astaghfirullah... sapa la yang sanggup buat semua ni...
dari ape yg akk bace,perbuatan ni dilakukan oleh seorang isteri yang marahkan suaminya,,
wallahua'lam..
sampai hati dan tergamaknye manusia jenis ni...
ayuh kita ambil iktibar dari perbuatan buruk ni..
Manusia, sering melakukan kesalahan, namun tak disedari. Jangan menunding jari kerana kita tak tahu apa yang beliau alami. Kita hanyalah manusia lemah. Jadi muhasabahlah diri anda. Jika berlaku dosa antara kita insyaALLAH, ALLAH itu Maha Pengampun. Jika berlaku dosa antara manusia? Fikir2kanlah dan Selamat Beramal.
Syukron untuk semua..Sama-samalah kita bermuhasabah diri.Ya Allah,ampunilah dosa-dosa kami semua..Di kesempatan ini,Fiza nak mintak maaf dengan semua sekiranya Fiza berbuat dosa dengan kalian..maaf dipinta..=')
assalamualaikum wbt..
moga kita sama mengambil iktibar..
>>> mr.X <<<
Post a Comment