Airmata Penawar Kedukaan...

No more tears..aku masih ingat kata-kata itu.Hari ini,hari sedikit duka bergabung dengan dugaan dan juga melukakan.Tak semua hari-hari kita akan disulami bahagia dan gembira.Duka dan luka akan tetap bertandang.Adat resam dalam kehidupan.Biasalah,bahagia dan duka datang silih berganti.Takkan muncul bahagia tanpa keperitan itu dirasai terlebih dahulu.Kadang-kadang aku rasa diri ini amat kuat,penyabar dan tabah.Tapi rupa-rupanya tak pun.Lembik jugak.Akhirnya terjelepuk dan tersungkur.Apa pun yang terjadi,aku tetap ingat nasihat ini"jangan tersungkur tak bangun-bangun".So,never give up!

Bebanan dan masalah yang bersarang lebih afdhol diluahkan kepada Yang Maha Satu.Hanya DIA Maha Mengerti.Hati akan puas bila merintih pada ALLAH.Mengadu pada-NYA akan menenangkan hati ini kembali.Sesungguhnya aku bersyukur kerana seperit-perit dugaan yang aku tanggung,hikmahnya begitu besar dan amat bermakna.Aku sedar aku tetap bertuah kerana lebih ramai lagi hamba-hamba ALLAH yang menerima dugaan berganda-ganda hebatnya berbanding aku.Siapalah aku ini yang hanya seciput dugaan tetapi mengeluhnya sebesar-besar tempayan.Astaghfirullah al'azim.

Saat ini,hati begitu sayu bila mengenangkan orang-orang tersayang begitu jauh dari sisi.Sekiranya ada mummy sekurang-kurangnya boleh pinjam bahu untuk melepaskan tangis.Tak pun boleh mintak sedikit kekuatan daripadanya.Eti dan Eman pula mesti akan khusyu' mendengar luahanku dan akan cuba membantu.Berteman juga diri ini.Babah pula hmm..mesti dapat hidu juga perihal anak sulungnya ini.Walaupun aku tidak mengadu,pasti mummy akan cerita terlebih dahulu.Rindunya aku pada mereka sesungguhnya hanya ALLAH yang tahu.

Lokasi dan posisi telah dikenal pasti.Timing juga agak tepat dan sebelum mata ini dilelapkan,sebelum tidur dilenakan,satu misi perlu dilaksanakan.Hmm..air mata perlu dirembeskan segera.Selepas beberapa ketika,hati ini tenang kembali,alhamdulillah.Sesungguhnya segala masalah dan bebanan hilang sekelip mata.SubhanAllah,agungnya kuasa-MU.Akhir kalam,moga segala kedukaan dan kelukaan mampu kurawat sendiri dengan izin ALLAH..amin.

(Menangislah sekiranya kamu rasa air mata itu mampu mengembalikan senyumanmu.=')

3 GosiP bErduRi:

apabila ditimpa musibah atau ujian yang seumpamanya,hendaklah kita bersabar ..
la tahzan,la takhaf..ALLAH ade setiap saat..
Ingatla "ALLAH tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."

 

betul3......
janji ALLAH itu pasti.....
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.....

 

terima kasih banyak2..mga ALLAH mengampuni segala dosa2ku,,

 

Post a Comment