MASA DAN TEMPAT YANG SESUAI UNTUK BERDOA



Rasulullah s.a.w mendidik umatnya menjaga adab-adab sewaktu berdoa,termasuklah waktu-waktu dan tempat-tempat yang sangat afdhal untuk berdoa.Perkara ini secara tidak langsung membantu memberi kita keyakinan bahawa Allah S.W.T akan menerima dan memakbulkan doa kita.InsyaAllah..


Waktu-waktu afdhal berdoa:
-Pada hujung waktu malam
-Sewaktu azan sedang berkumandang
-Antara azan dengan iqamat
-Selepas selesai solat-solat fardu
-Ketika imam naik atas mimbar waktu solat Jumaat sehingga selesai solat
-Saat-saat akhir waktu solat Asar pada hari Jumaat
-Ketika hujan turun sama ada lebat atau tidak tidak lebat
-Ketika sedang berperang dengan musuh Islam
-Ketika sujud dalam solat
-Ketika sedang dizalimi
-Sewaktu dalam perjalanan yang beri tujuan baik
-Ketika hendak berbuka puasa


Tempat-tempat atau keadaan yang afdhal untuuk berdoa:
-Ketika memandang Kaabah
-Ketika melihat Masjid Rasulullah s.a.w
-Ketika mengerjakan tawaf di Baitullah
-Ketika berada di Multazam
-Ketika berada di belakang makam Nabi Ibrahim a.s
-Ketika berda di sisi sumur Zamzam
-Ketika di atas Bukit Safa dan Marwah
-Ketika berada di atas Arafah, Mudzalifah dan Mina
-Ketika berada di sisi Jamarat, iaitu tempat melontar jamrah yang ula dan wusta.
-Ketika berada di masjid



4 GosiP bErduRi:

alhamdulillah..
dpatla diriku menambah ilmu pengetahuan..

 

xiexie..
meh rmai2 bce..=D

 
This comment has been removed by the author.
 

Post a Comment