Sihat vs Sakit??

Menjejakkan kaki ke klinik bukan kegemaran aku..aku cuma gemarkan bau ubat-ubatan.masih terbau-bau aroma ubat-ubatan di Klinik Dr.Kanna pada hari Ahad yang lalu..hari ni aku pergi klinik lagi..klinik panel USIM..this is my second time i've to see doctor in this week.takut pulak nak jumpa doc..aku takut jarum..hehe..

anyway..aku tak suka makan ubat..melainkan dipaksa dan terpaksa..tambah pulak mummy aku selalu set bila sepatutnya aku makan ubat..=) "kak yong dah makan ubat ke? makan nasi dulu sebelum makan ubat..jangan lupa makan ubat batuk..antibiotik tu habiskan.." itulah soalan dan nasihat mummy aku..sebaknya rasa hati ini..Ya ALLAH..sesungguhnya aku amat menyayangi mummyku..thanks mum!!!

so sekarang..nak tak nak..aku tetap akan telan ubat..hmm..aku sedar..kalau aku sakit,banyakla kerja-kerja yang tertangguh dan macam-macam lagi la yang ter.. dan ter..tapi itu semua urusan ALLAH..ALLAH menguji hamba-NYA kerana ALLAH sayang..ALLAH bagi aku sakit sebab mungkin ALLAH nak tegur aku atas dosa-dosa yang aku buat..so,bila sakit,kurang sikit aku buat dosa.apa pun..alhamdulillah..aku masih bernyawa di bumi ALLAH ini..dan sesungguhnya setiap apa yang ALLAH berikan untuk aku,ada hikmah di sebaliknya..aku patut bersyukur dan terus bersyukur..ampunkanlah dosa-dosaku ini Ya ALLAH..moga aku dipanjangkan umur dan sentiasa dipermudahkan segala urusan..ameen..

aku-> demam tak kebah lagi..runny nose..mata pulak membengkak..cough..throat pun sakit..that's why makan pun kadang-kadang ala-ala je..aku tak dapat nak rasa nikmat makanan tu..main masuk mulut je sekadar cukup syarat aku makan hari-hari..suara aku pulak..dah macam chipsmore..sekejap ada..sekejap takde.hehe..aku tersenyum sendiri bila mengenangkan aku kurang bercakap semasa aku sakit ni..aku kan suka bercakap.. talkative..so tak boleh nk activate..sebab suara aku dah bertukar dan muncul kadang-kadang sahaja..ALLAH Maha Bijaksana..sesungguhnya kurang dosa aku bila ALLAH tarik salah satu nikmat ini..alhamdulillah..

Hmm..lepas buat rawatan baru la aku tau nama penyakit aku..doc ckp."block have follicle".."apa doc?",aku bertanya..aku diterangkan satu persatu mengenai penyakit tu.alhamdulillah,tak bahaya..cuma ambil masa nak baik..moga ALLAH menyembuhkan penyakitku ini..ameen..macam ahad lepas aku dapat 5 jenis ubat..kali ni pun dapat 5 jenis jugak..banyaknya ubat yang aku kutip..5+5=10..nasib baik aku tak bagitau aku demam masa jumpa doc tadi..sebelum aku masuk jumpa dia,aku dah berdoa supaya aku tak terlepas batuk dan nampak seperti i've a fever..aku cuma cakap aku sakit mata..tak sampai 10 patah perkataan pun yang aku cakap dengan doc.aku kan nak cover suara yang tenggelam timbul ni..alhamdulillah,dia x aim aku demam..dan batuk aku berjaya disekat dari berbunyi..thanks ALLAH!!! actually,aku buat itu semua sebab aku tak nak bilangan jenis ubat aku bertambah dan mesti macam-macam ubat yang aku perlu makan..tak sanggup rasanya nak telan..(>_<)

balik ke rumah,aku buka kamus Oxford yang dah kusam dan telah hilang kedua-dua kulitnya..after a while..aku dah jumpa makna perkataan yang aku cari..follicle..aku kena jadi full time speecky la lepas ni..sebab kelopak mata semakin membengkak..nak cover la katakan..sebelum ini,aku pakai spek kadang-kadang je especially masa aku nak belajar dan mengadap laptop..huhu

aku-> 3,4 hari lepas jumpa doc...alhamdulillah...bengkak kelopak mata dah berkurang..suara dah ok..aku dah ada perasaan pada makanan..tapi demam yang dah kebah hari tu,datang menyapaku kembali..batukku masih tiada tanda-tanda nak sembuh..tapi apa yang penting..banyakkan doa..dan kena makan ubat..makan ubat?? baiklah..
*aku demam balik sebab semalam presentation bawah pokok ketika hujan..=)

=>aku nak share something dengan kalian semua..cuba hayati lirik nasyid kat bawah ni..

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di
kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi
penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu


= = =semua penyakit ada ubatnya= = =
sentiasalah redha dengan segala yang ALLAH kurniakan untuk kita..
moga kita sentiasa bersyukur dan tidak putus berdoa..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Sama-samalah kita renung-renungkan dan selamat beramal..
Wallahua'lam..

0 GosiP bErduRi:

Post a Comment