
Jabir bin Samurah melaporkan,” Rasulullah datang kepada kami dan berkata ,’Bolehkah saudara sekalian berbaris seperti mana malaikat berbaris di sisi Tuhan.’ Kami bertanya, ‘Wahai Rasulullah,bagaimanakah cara malaikat itu berbaris di sisi Tuhannya?. Rasulullah menerangkan, ‘Mereka memenuhi barisan hadapan.Mereka juga berdiri serapat-rapatnya sesama mereka.”
(Hadis riwayat Muslim)
(Hadis riwayat Muslim)
Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah s.a.w bersabda,” Apabila manusia tahu betapa besarnya pahala orang yang melaungkan azan dan bersembahyang di barisan pertama, pasti mereka berebut-rebut dengan mengadakan undian apabila terpaksa melakukan begitu.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu Hurairah melaporkan katanya,” Rasulullah s.a.w berkata, ‘Barisan yang terbaik bagi lelaki ialah di barisan pertama.Barisan yang terbaik bagi lelaki ialah di barisan pertama.Barisan paling buruk ialah barisan yang terakhir. Manakala bagi wanita pula,barisan yang paling baik ialah barisan yang terakhir dan barisan yang paling buruk ialah barisan pertama,”
(Hadis riwayat Muslim)
(Hadis riwayat Muslim)
Abu Sa’id melaporkan katanya,”Rasulullah s.a.w melihat prestasi sahabatnya yang agak merosot. Iaitu mereka suka bersolat di barisan belakang.Justeru,baginda berkata kepada mereka,” Datanglah ke hadapan bersamaku.Aku berharap semua orang mengikuti langkahku.Nanti orang yang selepas saudara sekalian akan mengikuti jejak langkah saudara.Agaknya manusia ini memang suka berada di belakang.Jika begini,mereka akan dibelakangkan oleh Allah.”
(Hadis riwayat Muslim)
(Hadis riwayat Muslim)
Abu Mas’ud melaporkan katanya,” Rasulullah s.a.w pernah memegang bahu kami semasa hendak bersembahyang supaya barisan kami lurus.Baginda berkata,”Luruskan barisan saudara sekalian,jangan ada yang terlebih ke hadapan atau ke belakang.Nanti hati saudara juga jadi begitu,saling berlumba-lumba untuk mendahului.Ikutlah di belakangku.Pastikan di belakang saudara adalah golongan yang lebih muda dan begitulah seterusnya.”
(Hadis riwayat Muslim)
(Hadis riwayat Muslim)
0 GosiP bErduRi:
Post a Comment