s.a.y.a.n.g.s.e.m.u.a.n.y.a

Alhamdulillah,diri ini masih bernyawa dan masih mampu menikmati segala yang ada di muka bumi ALLAH ini.Hari ini sudah seminggu aku beraya.Genaplah 7 Syawal dan ini juga bermaksud sudah seminggu kita meninggalkan Ramadhan.Alhamdulillah aku dapat menempuh Ramadhan tahun ini dengan selamatnya dan semoga Allah menerima ibadatku yang tak seberapa.Ya Allah,panjangkanlah umurku dan ketemukanlah aku dengan Ramadhan akan datang dan seterusnya.ameen..

Aidilfitri kali ini tidak banyak beza dengan aidilfitri tahun-tahun sebelumnya cuma bagi aku ia sedikit istimewa kerana aku lebih banyak bergerak menziarahi sanak saudara dan rakan-rakan.Azam aku seminggu sebelum menyambut 1 Syawal ialah menziarahi seramai mana kaum kerabat dan sanak saudaraku.Alhamdulillah bermula 1 Syawal sehingga 4 Syawal aku berjaya menjayakan misiku itu.Walaupun tidak semua saudara yang mampu aku ziarah,namun aku tetap gembira.'Yang jauh didekatkan dan yang dekat dirapatkan’.Sesungguhnya ini adalah satu anugerah yang tidak terhingga kerana silaturrahim yang terjalin bertambah mekar apabila disulami dengan gelak tawa dan kemaafan.Itulah salah satu nikmat ziarah-menziarahi!!

Aku nak berkongsi serba sedikit mengenai amalan ziarah menziarahi ini.Inikan amalan yang mulia lagi berpahala..
sepanjang tempoh aku beraya,bertambah lagi kenalanku dalam kalangan sanak saudara..sebelum ni,ahli keluarga sendiri pun tak berapa nak kenal..apatah lagi yang ada bau-bau bacang..lagi la aku tak tau langsung..bila bersalaman baru la aku tau.."oh,sedara aku rupanya..." sebelum ni sedara seIslam je..lastly ada pertalian keluarga..SubhanAllah..kecilnya dunia ni..
bila dah kenal lain pulak ceritanya..biasalah mula-mula malu-malu lagi..tanya sepatah jawab sepatah..hmm..yang peliknya dengan sedara perempuan pun tak berapa nak bercakap..malu-malu lagi..apatah lagi kalau dengan sedara lelaki langsung tak berbunyi rasanya..tapi kuasa Allah..silaturrahim yang dijalinkan dengan hati yang ikhlas..Allah akan jaga..tak sampai 10 minit pun dah boleh kecek dengan mesra..memang seronok bila ikatan kekeluargaan tu bertambah mesra..=)
bila nak berpisah tu..adalah juga sedrop air mata tu menitis...one drop la katakan..sayunya..masing-masing rasa berat je nak berpisah masakan tak..kita tak tau umur kita..esok lusa meninggal,dah tak berjumpa..itulah namanya keluarga..manisnya ikatan tu semanis madu..hanya yang mengerti dan menyayangi keluarganya dapat merasai..peritnya rasa berpisah walaupun sedetik cuma..itupun baru berpisah sementara..bagaimana pula bila roh berpisah dari jasad?
lain pula reunion dengan oldfriends aku..thanks nazri yang bersusah payah mengumpul ex-sabar form 3,form 5 batch aku..memang meriah jumpe kawan-kawan lama..tambah pulak hari raya..tak sangka dapat jumpa balik kawan-kawan yang terpisah hampir 7 tahun..hana,jiah dan mimi..they are my bestfrens..sekarang hana di japan..dr.mimi di usm..dan jiah di um..aku bersyukur sebab dapat jumpa kawan-kawan baik aku yang sekepala..tak lupa jugak dina,dibah,mae,lia,far,hajar,matun,adik,nana,dayah,scoot,kemut,og,pan,nazri,shahida,faizah,miza,sob,odie,aie,apoi,ida dan yang lain.kepada yang tak boleh join,moga kita dapat ketemu lain masa sekiranya dipanjangkan usia..sesungguhnya aku rindu kamu semua terutamanya yang jauh di mata tetapi dekat di hati..ukhwahfillah abadan abada..may the Almighty bless us..ameen..
khulosatul qaul,sayangilah semuanya jika mahu diri kita disayangi..renung-renungkan dan selamat beramal..
to my lovely family and all my friend...uhibbukum aawi...

babah,aku,mummy,aiman dan eti.

aku..aiman..sepupu sepapatku dan maksuku..


keluarga besar sebelah babahku..tapi ada yang takde..sistem giliran la katakan..

next time aku upload pics kawan-kawanku pulak..=)

wassalam..

3 GosiP bErduRi:

rindunye...
ble lg leh bkumpul cmni??

 

assalamu'alaikum wbt kaka syg..
kate nk upload gamba lg..
mne???=P

 

saba ye..xsempat lg sekarang..

 

Post a Comment