Assalamualaikum wbt..
Secara psikologi, apa yang berlaku kepada diri seseorang itu apabila dia marah? Kadar denyutan jantung dan tekanan darahnya akan meningkat.Ini adalah kesan langsung akibat lebihan hormon adrenalin dalam sistem peredaran darah. Kekuatan fizikal juga akan meningkat manakala kewarasan dan daya berfikir menurun.
Organ-organ badan yang berada dalam kawalan,akan hilang kawalan.Lidah akan mengeluarkan kata-kata yang kesat dan mengguris hati,tangan akan memukul dan kaki akan menendang apa saja yang berada di kelilingnya, bahkan dia mungkin akan mencederakan dirinya sendiri.
Apabila perasaan marah yang berpanjangan menguasai diri, kemarahan ini perlu diluahkan atau dihilangkan. Sekiranya perasaan ini dipendam, lebihan hormon adrenalin akan menjadi toksin dalam tubuh dan menjejaskan kesihatan untuk jangka masa panjang. Dia bukan saja akan menjadi seorang yang murung, kecewa, malah fikirannya yang bercelaru yang boleh membawa kepada kegilaan.Tekanan darah yang tinggi dan kadar denyutan yang laju akan membawa kepada serangan jantung dan penyakit fizikal yang lain.
Ubat marah
• Sibukkan diri dengan mengingati Allah,misalnya dengan berzikir dan berselawat.Firman Allah dalam sebuah hadis qudsi: ”Wahai anak-anak Adam, apabila kamu marah,ingatlah kamu kepada-Ku.”
• Meminta nasihat daripada orang berpengalaman.Pernah terjadi sepasang suami isteri yang sering bergaduh bertemu baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta nasihat. Lalu kata Nabi,”Apabila kamu berasa marah,maka hiruplah air dan biarkan air itu di dalam mulutmu sehingga kemarahanmu reda.”
• Marah itu datangnya daripada syaitan.Oleh itu mintalah perlindungan dari Allah seperti membaca kalimah ‘taawuz’.
• Jika berasa marah ketika sedang berdiri,maka hendaklah duduk, dan jika sedang duduk, maka hendaklah berbaring.
• Fikirkan tentang kemurkaan Tuhan dan hukum dari-Nya. Siapakah yang lebih besar kemarahannya, manusia atau Tuhan. Apa akan berlaku sekiranya Tuhan menunjukkan kemurkaan-Nya?
• Maafkan orang yang menyebabkan kemarahan itu. Setiap orang melakukan kesilapan termasuk diri kita.Jika kita mengharapkan keampunan Tuhan, maka wajarlah kita bersedia untuk memaafkan orang lain. Sifat saling maaf-memaafkan akan mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat.
• Berwuduklah. Sebaik-baiknya lakukan solat sunat.
Pendek kata, ingatlah bahawa kehidupan ini hanya sementara saja. Setiap orang akan mati dan akan diadili di padang Mahsyar kelak. Oleh yang demikian, perkara terbaik yang wajar dilakukan apabila ada orang yang menyebabkan kemarahan, ialah membalas kemarahan itu dengan kebaikan dan kasih sayang. Apabila perkara ini mampu dilakukan, barulah dunia akan menjadi tempat yang indah untuk didiami, aman dan sentosa.
How To Use Multi Window On Samsung Galaxy S8
6 years ago
0 GosiP bErduRi:
Post a Comment