Bismillahirrahmanirrahim..
Aku ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai wanita yang aku baca dalam NurDiana's blog. Wajarlah kita sebagai kaum Hawa jot it down dalam kotak fikiran masing-masing.
Wajib bagi wanita :-
~ Mengekalkan malu pada suaminya.
~ Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
~ Mengikut kata-kata dan suruhannya.
~ Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
~ Berdiri menyambut kedatangannya.
~ Berdiri menghantar pemergiannya.
~ Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
~ Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
~ Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
~ Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
~ Tiada khianat ketika tiada suaminya.
~ Memuliakan keluarga suaminya.
~ Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
~ Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami
padanya.
Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Enam pesanan itu adalah amalan nurani.
Amalan itu ialah :-
1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.
2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir.
- Hak Al-Quran hendaklah dikhatamkan 2x setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping itu hendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapat mengingati Allah s. w. t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie “Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar” jika mampu boleh di sambung “Wa la hawlawalaquwataillabillahi’aliyil’azim” 100x. Selawat ke atas Nabi 100x dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan, tidur, masuk dan keluar tandas dsb.
3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama).
- Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat dan menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu :
Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal.
Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum- ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnya untuk belajar.
4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.
5. Hidup sederhana.
6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama).
- Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.
0 GosiP bErduRi:
Post a Comment