SIRAH ISTERI-ISTERI NABI

1-Kisah isteri Nabi Adam a.s
--->Ketika Nabi Adam sedang tidur Allah telah memerintahkan kepada para malaikat agar mengeluarkan tulang rusuk Adam yang kiri tanpa merasa sakit.Kemudian Allah telah menciptakan Siti Hawa.Hawa sangat cantik dan menawan.Allah telah meletakkan dalam dirinya kesucian dan budi pekerti yang baik.Pernikahan antara Adam dan Hawa terjadi di syurga.Maharnya ialah tahlil dan tasbih kepada Allah S.W.T.


2-Kisah isteri Nabi Ibrahim a.s
--->Siti Sarah merupakan seorang isteri yang taat dan solehah. Suatu ketika, Raja Mesir pada ketika itu Imlieq atau Hescus seorang raja yang suka terhadap ‘isteri’ orang. Raja mendengar cerita bahawa Nabi Ibrahim a.s mempunyai seorang isteri yang sangat cantik, lalu memerintahkan Nabi Ibrahim a.s dan isterinya mengadap.Nabi Ibrahim a.s telah berhelah bahawa Siti Sarah ialah saudaranya.Jika tidak Nabi Ibrahim a.s akan dibunuh dan isterinya Siti Sarah akan dirampas.Raja memerintahkan Siti Sarah tinggal di istana.Raja berusaha mendekati Siti Sarah.Tetapi dengan kehendak Allah S.W.T setiap kali raja cuba menyentuh Siti Sarah tangannya terus menjadi lumpuh. Raja menuduh Siti Sarah tukang sihir. Tetapi Siti Sarah menafikannya lalu berdoa kepada Allah sehingga Allah memulihkan kembali raja tersebut. Akhirnya raja telah mengembalikan Siti Sarah kepada Nabi Ibrahim a.s.

3-Kisah isteri Nabi Ayub a.s
--->Siti Rahmah merupakan isteri yang sabar. Dia tetap setia menjaga Nabi Ayub a.s khususnya ketika Nabi Ayub a.s ditimpa penyakit yang dideritai begitu lama.Kesabaran isterinta itu telah diambil kesempatan oleh iblis laknatullah yang sentiasa menggoda dan menggoda agar Siti Rahmah meninggalkan Nabi Ayub a.s . Akhirnya hasutan iblis telah berjaya dan Siti Rahmah telah meninggalkan suaminya. Setelah lama meninggalkan Nabi Ayub a.s, isterinya sedar dia telah tersilap dan ingin kembali ke pangkuan suaminya yang masih dicintai. Ketika dia sampai ke rumah yang ditemuinya hanyalah seorang lelaki tampan yang memberi nasihat dan peringatan. Sehingga akhirnya barulah Siti Rahmah sedar bahawa lelaki tampan itu adalah Nabi Ayub a.s yang telah dikembalikan wajah muda baginda oleh Allah S.W.T. Akhirnya Siti Rahmah tunduk dan sujud kepada Allah S.W.T yang telah menamatkan kesengsaraan suaminya.

0 GosiP bErduRi:

Post a Comment