بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..
Salam sayang dan salam ukhwah buat anda semua..
Really hope that all of you are in the best of health..
Sekadar ingin berkongsi cerita dan pengalaman di sini.
First and foremost..alhamdulillah..aku bersyukur tak terhingga kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-NYA aku masih mampu mengecapi nikmat iman dan bertemu dengan insan-insan tersayang yang aku letak khusus dalam hati aku.
Jumaat(6 Nov 2009)
*12 tengahari
-Selesai sahaja paper Linguistik dengan soalan yang menguji minda dan kesabaran aku,aku pun pergi ke kampus untuk cucuk duit dan mengambil Usim Today yang dah dicetak.Dah habis semua urusan, aku dan kawan-kawan pun berkejar terkedek-kedek menaiki bas untuk pulang ke Camellia.Jam dah menunjukkan hampir jam 1,so dah takde kelibat muslimin.Surely mereka buat preparation untuk sembahyang Jumaat.Alhamdulillah,amanlah sedikit sebab semua muslimat je so kalau nak kejar dan berebut bas tu tak yah cover sangat..huhu
*jam 1 lebih
-Dah sampai ke Camellia.Turun bas dengan perut berbunyi dan penuh harapan mengharapkan masih ada nasi dan lauk masih terhidang di gerai-gerai.Lapar sebab tak breakfast sebelum exam.Mata aku dah meliar bersama kaki melangkah menuju dari satu gerai dan ke satu gerai yang lain.Ala..dah takde makanan.Kecewa,hampa,dan sedih.So aku decide dengan kawan-kawan nak pergi lunch di Selera Anak Timur(SAT).Berjalanlah kami berlima-lima di bawah terik matahari demi mengharap sesuap nasi.hehe..
-Dah sampai di SAT.Aku pun tempah menu follow Kak Wan.Nasi putih+telur mata masak kicap+udang goreng masak kunyit.Air special sikit,teh ais..
-Semasa menjamu selera aku mendapati ada kelainan.Bibir seperti membengkak tapi aku hanya abaikan gara-gara kesedapan dan kelazatan makanan.Udang amat fresh seperti baru keluar dari laut tapi sedikit kecut sebab dah masuk dalam kuali,ditempek dengan kunyit dan dilenyek dengan sudip.huhu..7 ekor kesemuanya.Aku makan 5 ekor dan 2 lagi aku bagi pada Ena.Nikmatnya makan udang.Size boleh tahan dan harga letak belakang yang surenya udang kat depan mesti dihabiskan.I don't care dah orang kiri dan kanan.Yang pastinya aku fokus time makan.hehe..Telur mata yang memang favourite dan memang menyedapkan.Makanan yang simple pun boleh jadi sedap ape sebab perut dah lama jerit mintak diisi.Hmm..telur mata separuh masak,tukang masak yang masak separuh je sebab die nak jimat minyak kot.hehe..juz kidding!!
*jam 2 lebih
-Dah habis makan..alhamdulillah kenyang.Ala..ade kulit udang tersangkut kat throat.Rasenye makan tadi dah buang kulit selicin-licinnya..Tak mengapalah sampai rumah nanti aku kerjakan proses pengeluaran.Hmm..selepas dikira dengan kalkulator oleh pak cik tokey SAT,aku pun bayar dan menghulurkan not 10.Die kasi balik baki 2 hinggit.Hmm..mahalnya makan hari ini.Selalunya ni belanja untuk 2 hari.huhu..xpe2..yang penting sedap.Actually,aku tak kisah pun sebenarnya tapi memandangkan dah akhir sem..duit dalam bank dah makin semput.Sebagai anak yang baik adalah lumrah bagi seseorang itu mempunyai keseganan kepada parentnye untuk mintak duit di transfer ke akaun.Tak mengapalah,nanti aku cari jalan macam mana nak buat duit dalam akaun tu bertambah.=D
-Letihnya berjalan dengan bawak perut yang dah kenyang..hmm..tetiba je aku insaf.Lagi kesian dan simpati pada wanita yang mengandung.SubhanAllah..semoga Allah sentiasa merahmati golongan ibu dan bakal-bakal ibu..aameen..Haa macam mana lah gayanya mummy aku semasa mengusung aku dalam perut.Sukarnya nak imagine.Ta'ajubnya..that's why la syurga di bawah tapak kaki ibu.Pengorbanan mereka terlalu besar buat kita.Moga kita jadi anak-anak yang soleh dan solehah..aameen..
*jam hampir jam 3..
-Lepas solat,aku baring-baring.Perut dah terasa lain.Sakit dan terasa panas.Masuk toilet keluar toilet.Diarrhea again.Dari semalam lagi rasanya aku setia dengan toilet ni.huhu..Mata terasa gatal.Gatal ubatnya garu.Ish..kenapa pulak mata ni membengkak.Stomach dengan agendanya yang tersendiri.Gunalah CNI kawan aku cakap.Ok.
Kulit udang tak nak keluar lagi.Xpelah..mungkin die nak stay.Aku x charge pon,free je.Tak daya nak halau sebab hati aku ni budiman.hehe..
-Baik tidurlah insyaAllah mesti baik nanti,dalam hati aku berdoa penuh harapan.Eh..nak tepon mummy sebab hati aku x enak.Lepas borak dan cerita dengan dia aku pun ambil cermin belek muka.Bukan nak make-up tapi nak tengok kesan pembengkakan..Astaghfirullahalazim..dah melarat.Cepatnya penyebaran.Tadi memang mummy suruh pergi klinik takut sejarah time aku STPM berulang kembali.Tapi aku cakap nak tido dulu sebab mungkin bengkak tu baik, lagipun aku dah makan panadol.
(to b continue)-nak study Nahu jap..
How To Use Multi Window On Samsung Galaxy S8
6 years ago
6 GosiP bErduRi:
salam.
kene ketumbit ke kak? huhu... sabar la ye... biase le tu ujian Allah... v(^_^)
hehe..bukan la dik..t akk smbung lg entri ni..huhu
owh... ada sambungan lagi... hehe...
sy makan ais krim pn dah rase pahit ni... selsesema (x_x)
owh..seseme jgn mkn aiskrim..huhu..
salam..
hmm..macam alah dengan makanan je awk ni..
bla nk continue entri ni?
hehe..
<< mr.X >>
waalaikumussalam wbt..
hmm..insyaALLAH t sy smbg..
=)
Post a Comment