-Last preparation..(>_<)-

Assalamualaikum wbt..
Aku rindu nak wat entri baru,so..even final exam begin on Monday..aku gatal jugak nak menaip kat sini.=)Mummy,kak yong guna masa rehat kak yong,nanti claim balik untuk study..hehe..

Esok last preparation..hmm..i should repeat again and again apa yang dah study.Sepanjang study week ni aku jadi budak baik.Baik sebab asyik pegang buku dan nota.Pagi,petang dan malam.Buat-buat rajin je sebenarnya.Pegang je pun,belek-belek,baca-baca,hafal-hafal dan ingat-ingat.InsyaAllah mudah-mudahan aku ingat apa yang aku baca.Apa yang penting niat tu mesti ikhlas lillahi Taala dan kita study bukan hanya untuk exam tapi untuk beramal dengannya.Ilmu fis sudur laisa fil kutub..huhu

Sekarang mood exam.Aku beritahu mummy yang aku sedikit nervous nak exam.Mum cakap,"dah banyak kali ambil takde pape pon.Nak takut ape,dah study,jawab je.Banyakkan selawat,doa dan fokus.Jangan careless" Betul jugak.Duduk dalam stadium elok-elok,molek-molek..Bismillah,baca doa yang sepatutnya dan jawab.Yakinlah Allah tolong.=)

Hmm..sem ni exam kejap je,tapi madah 7.Bingung jugak sebab gap tak banyak.Nak tak nak,kena pulun jugaklah study.Tidak mengapalah,cepat habis cepat balik kampung.Rindu sangat kat family=')Tak sabo teman nak balik Perak,ate udah lame kat sini..isk3

Exam bermula 2 November dan berakhir 13 November.Barang-barang nak bawak balik dah ada dalam kepala.Cuma malas nak packing lagi sebab nanti asyik teringat nak balik.Rindu la kat nenek dengan atok.Eh,rindu jugak pada moyang aku.Macam bertahun pulak tak balik.=)Tiba-tiba teringin nak pergi sawah,tempat aku selalu layan perasaan..hehe..rindunye..

Mummy call tadi,mum cerita satu situation yang benar-benar menyeramkan aku.Mum dengan babah hampir-hampir accident petang tadi.Ya Allah,bersyukurnya aku Allah memelihara kedua-dua orang tuaku.Ceritanya begini..semasa on the way balik dari tengok adik manjaku,Aiman di SERATAS..sebuah kereta mercedes putih dipandu laju mengekori kereta babahku.Semasa menghampiri terowong..eh jap,terlupa la..mum cakap lepas keluar terowong ke sebelum masuk terowong? Ala..aku tak ingat la..banyak sangat ingat mandarin tadi.hmm..sambung cerita balik..Kereta Merc tu terpusing pusing macam gasing(gasing tu aku yang tambah buat penyedap cerita)di sebelah kereta babahku.Mum dengan babah memang terpaku dan hanya beristighfar.Mum cakap kereta tu hampir hempap kereta babahku.Ya Allah aku tak boleh imagine la macam mana.Speechless..Alhamdulillah,Allah melindungi mum dan babah dari kecelakaan.Aku bersyukur tak terhingga.Mum sampai sekarang trauma dan masih dalam kezutan.Mum suruh aku pun buat sujud syukur.Sekejap lagi kak yong buat ye mi.Macam manapun,Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah..:')

Mood nak menaip dah tinggal berapa peratus tah sebab aku terpandang buku Linguistik di sebelah.Mati terus idea nak membebel.Sekejap lagi nak baca linguistik,nak hafal dan nak ingat rumus.Nak soalan spot lagi..hehe.Oklah..cik buku, encik nota,datin pen dan dato' paper dah panggil aku.I get to go now,nak pergi airport jemput air mineral yang dah habis dalam botol.Study-study ni cepat lapo..biskut dah habis.Nampak sangatlah aku perlu cari inisiatif baru untuk stabilkan mood study ni.Missing pada biskut tiger kt Smile.Tadi sombong sangat tak nak beli..huhu..Nak turun Smile dah lewat..Ahh..nyesal!

Oklah(buat kali keberapa tah),di kesempatan ini nak wish selamat berexam untuk adik-adik nakal aku,adik-adik tersayang..Eti dan Aiman..Esok Eti dah mula exam.Aiman pulak sama dengan kak yongnye,hari Isnin.Buat adik-adikku,ingat pesan mum dengan babah.Moga kita semua berjaya.Fight biar kasi gegar ok? Untuk diriku yang dhaif ini,moga aku sentiasa kuat dan semakin tabah.Chayo'-chayo'.

Buat semua teman seperjuangan,wish you all the best of luck..
Salam sayang..Moga Allah sentiasa memelihara kita..ameen..

tak dapat tumpu study la...

Bismillahirrahmanirrahim..
Aku tak tahu kenapa hati ini gundah gulana,tidak tenang,sebak...
Hilang fokus dan aku tak dapat tumpu study..
Resah,gelisah..

Ya Allah..tenangkanlah hatiku..
Semasa study fikiran aku berlari jauh..berlari entah ke mana.Satu perenggan pasal subjek nusus wa sulukiyat pun tak dapat nak habiskan.Berulang kali aku mengulang tetapi masih tak dapat capai kefahaman.Aku membaca lagi tanpa putus asa,tapi hampa.Aku berhentikan pembacaan,bersandar di kerusi,tarik nafas sedalam-dalamnya dan beristighfar.Ya Allah..ampunkanlah segala dosa-dosaku.

Aku mencapai handphone dan menaip mesej.Di fikiran hanya ingat mummy dan babah.Aku mohon mereka doakan aku mudah faham dan mudah hafal.Tidak lama selepas itu adikku di UDM mesej,bertanyakan maksud perkataan..aku membelek kamus dan reply.Kali kedua membalas mesej aku meluahkan perasaan padanya.Air mataku menitis.Mudahnya cik tear ni keluar.Kenapa la sejak dua menjak ni air mata ni manja sangat.Lemahnya aku ketika itu.Adikku memberi tazkirah "kuatla yong,sabaq3...banyakkan doa mintak ketenangan"
Ok,jawabku.

Hmm..missing someone..aku hantar mesej padanya.Penuh harapan.Moga Allah sentiasa memelihara dia.Amin..

Kekuatan dah dapat..aku ambil wudhu',ambil al-Quran dan ngaji.Alhamdulillah hati tenang kembali.Aku menyambung pembacaan dan mencongak bilangan muka surat yang perlu dihabiskan."Adeh,banyak lagi..".Fikiranku tiba-tiba teringat kata-kata mummy.." kak yong dapatkan............" Kedudukanku dibetulkan.Satu semangat baru datang.Ini yang aku mahu sebenarnya.Perasaan betul-betul nak study.Alhamdulillah kesedaran timbul sebelum aku layan mata yang dah mula layu..

Eh..lupe pulak..Kak Ayu call td tanya pasal breaking news..aku perlu study pasal subject Cik Maz dan kejap lagi nak buat report pada dia..Moga Allah membantuku..amin..

Setakat ini dulu..insyaAllah sekiranya aku rajin,aku akan curi masa nak membebel di sini.Wish me luck 4 coming soon exam..
Wassalam..

Azimat Ibunda.. =')

Renungan untuk diriku sebagai anak..Mummy..thanks 4 everything...speechless..u are so meaningful to me..love u mum..

"Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosa mummyku,peliharalah dia..dan panjangkanlah umurnya..moga aku dapat menjadi anak yang berbakti padanya..ameen.."

langit kirmizi menghantar dirimu menuju jln pulang
hari-hari indah bersamamu bertabur di tanah kenangan
wajah berona simpati kau tatapi buatkali t'akhir
sedih & sayu dari kamar atma mengundang air mata

Hanya rindu & doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu

menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p'kasihan
begitu indah setiap detik di dlm rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam

di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yg terindah di dunia dapat mengganti hilangmu
pilihan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu

*Far-East..

Ya Allah jika aku jatuh hati..



"Dalam hidup kita,Allah S.W.T mungkin akan bagi satu sahaja peluang untuk kita berjumpa dengan orang yang betul-betul menyayangi kita,sekiranya kita leka,kita akan kehilangannya buat selamanya..
Tapi kita tidak pernah tahu siapa orangnya,Jika kita sendiri tidak pernah mencuba untuk menilai kehadirannya..mungkin setelah segalanya berlalu dan kita sudah kehilangannya..masa itu barulah kita sedar kehadirannya cukup bermakna..
Tetapi mungkin kita tidak berpeluang lagi untuk miliki dirinya pada saat itu.."

I proud to be Banjarian..

Assalamualaikum wbt...Hari ni aku tergerak hati nak buat edisi baru khusus untuk Banjarian.Mesti babah dengan mummy aku bangga.hehe..Memandangkan aku orang Banjar,aku nak memartabatkan bahasa aku kat sini.To all banjarian,kalau rasa nak tambah perkataan bahasa banjar,anda dialu-alukan..

Tapi,sebelum aku keluarkan bahasa banjar kat sini lebih baik aku jelaskan dahulu asal-usul bahasa ni.
Bahasa Banjar merupakan anak cabang bahasa yang berkembang dari Bahasa Melayu. Asal bahasa ini berada di provinsi Kalimantan Selatan yang terbagi atas Banjar Kandangan, Amuntai, Alabiu, Kalua, Alai dan lain-lain. Bahasa Banjar dihipotesiskan sebagai bahasa proto-Malayik, seperti halnya bahasa Minangkabau dan bahasa Serawai(Bengkulu).

Selain di Kalimantan Selatan, Bahasa Banjar yang semula sebagai bahasa suku bangsa juga menjadi bahasa lingua franca di daerah lainnya, yakni Kalimantan Tengah dan Kalimantan Timur serta di daerah kabupaten Indragiri Hilir, Riau, sebagai bahasa penghubung antara suku.


Kepada sesiapa yang tak tahu bahasa ni,boleh belajar.Sejujurnya aku tak berapa pandai,tapi boleh faham dan cakap juga dengan orang banjar.Bezanya antara expert dengan tak je.

amun handak bapandir, ayuhai...amun dapat bapandir dangan kulaan lagi rami.
terjemahan:
Jika hendak bersembang, marilah .. jika dapat bersembang dengan kaum keluarga lagi meriah.
So,ini antara perkataan-perkataan bahasa banjar yang aku gunakan di kampung..

1.bakuciak = menjerit
2.manggarunum = marah
3.bamamai = membebel.
4.ukang = gigit.
5.bapandir = bersembang
6.maghulut = mengejek / mengajuk
7.Tunjul= tolak
8.Juong= humban
9.Banyuk= air
10.Kuritis = garu
11.Kawai = lambai
12.Kair = menarik sesuatu
13.Magun = masih
14.Aroh = kenduri
15.gawil = cuit
16.Timbai= campak.
17.Tukun = baling.
18.Kukut= Kaut
19.Gagau = mencari sesuatu dalam air
20.Rinjing = Kuali
21.Sarik = Marah
22.Kasai = sapu
23.Gintas = tenyeh
24.Lapai= sapu dengan air / renjis
25.Jinting= Jinjit / bimbit
26.Jantik = jentik
27.Arai = gembira
28.Ganal = Besar
29.Gureng = tidur
30.Haloi = Kecil

*Sumber:mforum.cari dan diri sendiri=)

sanah helwah hana..

Assalamualalaikum wbt..
Juz wanna to wish happy belated birthday to my bestfriend,Princess Hana..

to Hana,aku import this man to send a chocolate cake..specially for u..=)

ucapan buat Hana yang baik:-
# Selamat Hari Lahir..u dah tuo..dah masuk group veteran..hehe..
# Semoga panjang umur dan murah rezeki.
# Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa tabah.
# Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.
# Semoga jadi anak dan isteri yang solehah.
# Belajar rajin-rajin,ganbatte!!
# Nice kawan dengan u.thanks to Allah for the sweet friendship.
# Wishing you great beginnings and happy endings and always..
# And also wishing you much pleasure n hope your dream come true..
# wo ai ni..

p/s:take care study kt sane..pray 4 me dear..

Al-Quran dihina

Assalamualaikum wbt..salam sayang salam ukhwah...
Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH kerana memberi kekuatan kepada diri ini.Sudah lama rasanya tak menaip dan berkongsi sesuatu memandangkan aku sedikit sibuk menyiapkan baki-baki assignment.Semalam,Jumaat-24 Oktober aku dah submit semua assignment.Alhamdulillah,aku bersyukur tak terhingga dan sangat gembira kerana sekarang boleh fokus untuk study.Final exam akan bermula tak lama lagi so aku dah start to be serius.Serius untuk study and study untuk serius..?

Hmm..entri kali ini aku nak membebelkan pasal sesuatu yang memang menyedihkan hati,menyakitkan hati dan buat aku geram.Aku tahu bukan aku seorang sahaja yang akan berperasaan sedemikian malah semua umat Islam.

Rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalian,kemungkinan ada antara anda semua sudah maklum mengenai isu ini.Sejujurnya,aku baru terjumpa mengenai Al-Quran dihina di blog PEMBELA.Sedihnya hati ini mengenangkan ada manusia yang sanggup menconteng dan mengoyak Kalamullah.Tidakkah mereka tahu Al-Quran adalah untuk dibaca,dihayati,difahami dan diamalkan? Janganlah sesekali mencari murka Allah kerana tegakah kita menghadapi tsunami ataupun gempa bumi atas balasan kemungkaran kita??


Astaghfirullahalazim...moga-moga Allah mengampuni penconteng Al-Quran ini.Mudah-mudahan tiada lagi umat Islam yang sanggup menghina AL-Quran kerana Allah telah memuliakan kita kaum muslimin dengan menurunkan sebaik-baik kitab iaitu al-Quran sepertimana Allah memuliakan kita dengan mengutuskan sebaik-baik rasul. Kaum muslimin adalah satu-satunya umat yang mempunyai perutusan dari langit yang terpelihara daripada penyelewangan dan kebatilan. Perkara ini disebabkan kerana Allah sendiri yang memeliharanya. Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya kami yang memeliharanya.” (al-Hajr, ayat 9)

Buat renungan diri ini dan semua,marilah kita hayati bersama-sama tujuan Al-Quran diturunkan.Kita tidak akan melakukan perkara terkutuk itu sekiranya kita memahami dan beramal dengan Kalamullah ini.Check it out->

Al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada nabi s.a.w. yang ditulis di dalam mushaf yang dipindah dengan tawatur dan menjadi ibadat membacanya.
Penurunan Al-Quran mengandungi tujuan-tujuan (maqasid al-Quran) yang tertentu.


Pertama, tujuan al-Quran ialah membetulkan akidah, mensabitkan ketuhanan Allah yang Maha Esa, tugas nabi-nabi dan penyataan kewujudan hari akhirat. Al-Quran mengambarkan bahawa syirik merupakan satu perbuatan dosa yang besar dan tidak diampuni oleh Allah. Kesemua para nabi menyeru manusia kepada Allah yang Maha Esa. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan sesunguhnya kami telah mengutus rasul pada setiap umat yang menyeru ; “sembahlah Allah saja dan menjauhi Thaghut itu.” (al-Nahl, ayat 36) Di samping itu, al-Quran menjelaskan keperluan manusia kepada nabi-nabi dan risalahnya, menerangkan tugas para nabi dan menolak dakwaan dan tanggapan yang salah mengenai nabi. Al-Quran juga menjelaskan kewujudan hari akhirat itu benar dan pasti setiap manusia akan menghadapinya.

Kedua, tujuan al-Quran ialah pengisytiharan terhadap kemuliaan manusia dan hak-haknya. Al-Quran menegaskan bahawa manusia adalah makhluk yang mulia yang dijadikan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian. Oleh sebab itu, al-Quran melarang sebahagian golongan pelampau yang mengharamkan perkara-perkara baik dan perhiasan seperti yang diungkapkan oleh Allah dalam surah al-Araaf, ayat 32. Al-Quran juga memperakui hak-hak asasi manusia seperti kebebasan bersuara, berfikir, beriktikad, tempat tinggal dan mencari reziki.

Ketiga, tujuan al-Quran ialah memberitahu bahawa manusia diciptakan adalah untuk beribadat kepada Allah. Allah yang menciptakan manusia, memberi reziki, mengurniakan pelbagai nikmat yang tidak dapat dihitung. Oleh itu, menjadi hak Allah untuk manusia bersyukur dan bertakwa kepadanya. Orang yang bertakwa akan mendapat keberkatan, reziki yang murah, terpelihara dari gangguan musuh, sentiasa mendapat petunjuk dari Allah dan berjaya dari azab akhirat.

Keempat, tujuan al-Quran adalah untuk menyucikan jiwa manusia (tazkiyyah al-Nafs). Al-Quran sentiasa menyeru manusia supaya membersihkan jiwanya dengan melakukan kebaikan. Beruntunglah orang yang dapat memimpin jiwanya ke arah keredhaan Allah. Secara fitrahnya, jiwa boleh terjerumus ke lembah kehinaan apabila ia tidak dididik dan jiwa boleh mencapai tahap termulia apabila ia dibersihkan. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan jiwa serta penyempurnaan ciptaanya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” (al-Syams, ayat 7-10)

Kelima, tujuan al-Quran ialah membina keluarga yang soleh yang menjadi teras kepada kekuatan umat. Al-Quran menggalakkan umatnya supaya berkahwin kerana perkahwinan itu dapat melahirkan ketenangan, kebahagiaan dan rahmat. Al-Quran memerangi golongan yang menghalalkan homoseksual dan lesbian kerana ia melanggari fitrah manusia. Di samping itu, Islam juga memerangi golongan yang mengharamkan perkahwinan atas alasan bahawa perkahwinan adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan. Al-Quran juga memberi kedudukan yang mulia kepada wanita dengan mengangkat martabat mereka menyamai kaum lelaki dari segi amalan dan ganjaran pahala.

Keenam, tujuan al-Quran adalah untuk membina umat yang mempunyai kemuliaan dan menjadi saksi atas umat yang lain. Umat yang mengasaskan kehidupannya berteraskan kepada akidah, syariat dan akhlak Islam sekaligus membawa rahmat kepada manusia sejagat. Firman Allah yang bermaksud : “Dan tidak kami utuskan kamu (Muhammad) kecuali untuk membawa rahmat bagi seluruh alam.” (al-Anbiya’, ayat 107)

*petikan dari blog PEMBELA dan MINDA MADANI ONLINE..

Wallahu'alam..

S.A.B.A.R

بسم لله الرحمن الرحيم..
الحمدلله, thank you Allah..Yesterday and today..hati sebak dan frust..sekarang 50% dah calm down.50% lagi masih tertinggal..tak jumpa cari..semalam call mummy.Dapat kekuatan sikit,alhamdulillah syukur..walaupun cakap via telefon,hati aku dah tenang..link mum n daughter tu penting.dapat pulak cakap dengan babah..molek sangatlah..(>_9)

Guys,problems come and go.Settle 1,dtg lagi 1..its normal.Ujian Allah itu pasti because ALLAH love us=')Mula-mula dapat musibah hati akan sedih,tapi orang yang kuat iman,masih boleh tersenyum.SubhanAllah..Sekiranya aku setabah itu alangkah bertuahnya hidup ini.Tapi masih belum terlambat kita nak bentuk diri kita untuk jadi lebih baik.Banyakkan doa pada Allah supaya dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan..

I need to be more patient.My mum asked me to be more patient.My friend told me,be patient. My sis also hope that i'll be more patient than before.So the key is SABAR.Sekiranya kita sabar,Allah akan bantu kita.Allah takkan membebankan hamba-Nya dengan sesuatu yang kita tak mampu.So take it and keep your patient.

Kadang-kadang,diam itu lebih baik..Kadang-kadang bercakap itu perlu.So,aku nak mintak maaf atas semua kesalahan dan kesilapan aku.Aku tak boleh nak bahagiakan,gembirakan dan puaskan hati semua orang.Harap anda semua memaafkan diri ini.Terima kasih Allah kerana mengurniakan mereka dalam hidupku.Aku pasrahkan segalanya.=)

Dalam setapak kenangan
ku tulis sebuah memori
Dan senandung kehidupan

Ya Allah meski ku lelah karenaMu
Tapi biarlah jiwaku bisa melihatMu
Engkau maha pengasih
Lagi maha Penyayang

Dalam setapak kenangan
Ku tulis sebuah pesan dan harapan

Ya Allah kadang ku melupakanMu
Dan ku memohon kepadaMU
Agar ku bisa memperkuat imanku
Engkau maha pengasih
Lagi maha penyayang

Tak Sesuai..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah,aku panjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T. kerana aku masih mampu menekan keyboard dan terus cuba untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat dengan rakan-rakan semua.

Sebelum jari-jari ini kebas dan letih,aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir buat teman seperjuanganku,Linuxmaster yang banyak membantu sepanjang aku menuntut ilmu.Aku doakan semoga dirinya berjaya di dunia dan akhirat,ameen.Di kesempatan ini,aku lampirkan hadiah yang tidak mampu aku berikan..hehe..

Hmm..habis bab wish birthday.Dalam entri kali ini,aku tergerak hati untuk memberi pandangan peribadi mengenai video klip seorang artis Malaysia yang dicungkil bakatnya melalui salah satu program realiti tv.Al-kisahnya berbunyi begini-
20 Oktober 2009,Isnin,10 pagi..aku ada tutorial bersama tutor aku yang berdedikasi dalam subjek Komunikasi.My tutor told us about a video clip.Actually,she was surprised and really unexpected about that video clip..She said unsuitable for us because we are Muslim.

Myself dalam curiosity yang melampau.So,I searched via internet when i arrived home.uhh..unlike and unsuitable.If I make assessment based on the video clip ,I have no star for it.I've read half of comments by viewers.Never find that they like it.Here I put some of their comments.
-"berapa ramai sangat la umat islam yang jaga halal haram zaman sekarang ni"
-"erm..walau mcam mn seni sekalipon..halal haram kite kne letak 1st skali dlm buat sesuatu benda.. x ade maknenye kalau seni itu menyalahi hukum hakam islam."
-"kalo ye pun lagu cinta, video kenala agak2 sket... ingatla agama kita..."

Hmm..I don't care if the video clip was directed for non Muslim.But as Muslims please be more concern.I dare to speak here because I care..Generally,its unsuitable.Aku tau mesti ramai tertanya-tanya video klip yang mana and surely your curiosity level memang tinggi la.Oklah,aku bukan nak main teka teki tekuk kat sini.So better aku mention je video klip yang mana satu kan? Search la kat youtube lagu Masih Jelas.Aku tau ramai yang tahu lagu tu so terpulanglah kepada anda semua untuk menilai kesesuaian video klip tersebut.

Hmm..back to the nature,better aku clearkan lagi apa intention aku wat entri pasal ni.Aku bukan nak blame siapa-siapa tapi kalau kita tak concern benda-benda macam ni,macam mana la keadaan umat Islam.Aku bukan nak reveal aku belajar subject Komunikasi yang berkaitan dengan dakwah.Tapi inilah hakikatnya,bukan senang nak menggalas tanggungjawab sebagai daie.Diri ini memang tak layak tapi better kita bersama-sama buat kebaikan dan mencegah kemungkaran.Semua orang ada duty sebagai daie kerana Allah telah kurniakan nikmat yang paling besar kepada kita iaitu nikmat akal.That's why kita boleh membezakan perkara yang baik and vice versa.

Aku terkilan dengan komen dari seorang hamba Allah yang betul-betul nak back-up pasal video klip ni.Dia mengaitkan inilah seni dan mengenepikan hukum hakam agama.Ya Allah,kalau ramai lagi orang Islam yang mengatakan itu seni dan tidak salah video klip sedemikian,i can't imagine what will happen.Kemungkinan ramai yang tak setuju dengan pendapat aku yang video klip tersebut tak sesuai dan akan pertikaikan banyak lagi video clip yang lagi tak sesuai daripada video klip ni.Mungkin ada yang tuduh aku buta seni.Whatever I don't care and i've reasons for that.

Kawan-kawanku yang dirahmati Allah sekalian,dunia makin tua,umur kita makin pendek,tapi apa sumbangan kita?Diri ini memang sedar ilmu di dada amat seciput.So,diharapkan sama-samalah kita menyeru ke arah kebaikan dan meninggalkan kejahatan.Moga-moga ilmu yang sedikit itu,tidak Allah tarik atas kemegahan dan kealpaan kita.Sebagai peringatan untuk diri ini dan semua..jangan biarkan diri kita diselubungi maksiat dan dosa.

Ya Allah Ya Tuhanku,jadikanlah kami ini,hamba-hamba-MU yang bersyukur dan tetapkanlah iman kami,panjangkanlah umur kami,murahkanlah rezeki kami.Semoga kami sentiasa berjaya di dunia dan akhirat.ameen..

=Sekiranya aku salah dan silap dalam memberi pendapat,tegurlah.Learn from error..=)
Wallahua'lam..

Al-Quran terpelihara sehingga kiamat


Sumber:HarakahDaily.Net
Bersama Dr.Haron Din..
SOALAN: Apakah al-Quran hari ini tidak pernah dipinda, diubah atau ditokok tambah seperti pada kitab-kitab Taurah dan Injil?
JAWAPAN:Kitab-kitab Allah disebut sebagai 'wahyu Ilahi' diturunkan kepada manusia berdasarkan keperluan dan kehendak semasa pada zaman yang berlainan dalam masyarakat yang berlainan.

Cara turun ayat-ayat Allah itu pun berbeza. Kepada Nabi Musa a.s. Allah turunkan at-Taurah sekali gus, tertulis di papan-papan atau di batu-batu yang dinamakan 'al-waah' di Thursina.

Sedangkan al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit melalui perantaraan Jibril a.s. dalam jangka masa kira-kira 23 tahun.

Dalam kitab-kitab terdahulu, tidak terdapat suatu ayat yang jelas, Allah menjamin bahawa wahyu-wahyu itu tidak diubah atau dipinda oleh manusia.

Tidak seperti al-Quran, yang jelas nyata Allah menyebut (mafhumnya): “Sesungguhnya hanya Kami yang menurunkan al-Quran dan Kami-lah yang akan memeliharannya." (Surah al-Hijr, ayat 9)

Dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk 10 halaman empat, ketika membuat tafsiran ayat ini, beliau menyebut, bahawa ungkapan "Kami-lah yang kan memeliharannya", bermaksud Allah memeliharan al-Quran daripada sebarang penambahan dan mengawalnya daripada sebarang pengurangan.

Berkata Qatadah dan Tsabit al-Banaani, Allah SWT menjaga al-Quran daripada diubah ditambah atau dipinda oleh manusia mahupun syaitan.

Ada kisah percubaan manusia yang dirasuk atau dipengaruh oleh syaitan serta nafsu jahat mereka untuk mengubah perkataan al-Quranul Karim atau mengubah hukumnya memang pernah berlaku.

Salah satu peristiwa itu, berlaku pada zaman Khalifah al-Makmun (Abdullah bin Harun ar-Rashid, 170H - 218H, Khalifah Abbasiyah).

Menurut cerita yang disampaikan oleh Al-Husain bin Fahmi katanya, dia mendengar Yahya bin Akthum menceritakan, Khalifah al-Makmun menganjurkan majlis-majlis ilmu yang berbentuk munazarah (perdebatan) yang dihadiri ramai ulama tersohor dan orang ramai.

Antara yang hadir adalah seorang Yahudi yang zahirnya sopan, berpakaian kemas mengambil bahagian dengan memberi pandangan tidak menerima Islam, tetapi bertutur dengan bahasa indah dan teratur sehingga menarik perhatian Khalifah.

Selesai majlis pada malam itu al-Makmun memanggil Yahudi tersebut dan mendakwahkannya agar dia menerima Islam.

Bagaimanapun Yahudi tersebut menolak dengan sopan seraya berkata, "Agamaku adalah agama datuk nenekku, agama Yahudi yang tidak ada gantian dengan yang lain."

Selepas setahun kemudian, dia muncul sekali lagi, tetapi kali ini pakaiannya berubah rupa, tutur katanya berbeza dan dia menyokong Islam dengan penuh semangat dan berisi.

Selesai majlis, al-Makmun sekali lagi menjemput lelaki Yahudi tersebut dan bertanya khabar hal beliau. Kata lelaki itu, dia telah memeluk Islam.

Al-Makmun begitu ingin mengetahui bagaimana lelaki tersebut boleh berubah daripada Yahudi yang taksub dengan agamanya kepada menerima Islam.

Jawab Yahudi tersebut berkata, "Dahulu saya menolak Islam kerana saya belum mengenalinya, setelah mengkaji, mendengar dan berbahas, akhirnya saya menemui dengan kebenaran."

Sambung Yahudi itu, "Saya seorang penulis khat yang mahir dan cantik, kerja saya menulis Kitab Injil dengan merubah dan memindah isi kandungannya sesuka hati saya dan menjualnya kepada pendita-pendita agama dan orang awam.

"Saya lakukan sedemikian kepada Kitab Taurah. Kitab-kitab yang dipinda tersebut dibeli oleh rahib-rahib dan orang awam tanpa sebarang keraguan atau masalah.

"Apabila saya memulakan kerja untuk menukar serta menambah daripada al-Quran, saya berjaya menulis tiga naskhah dan saya jual kepada Warraqeen, kedai kitab biasa, tuan punya kedai tersebut bersetuju untuk membeli pada mulanya.

"Tetapi apabila dibuka beberapa lembar, dia bukan sahaja tidak mahu membelinya, malah mencampakkannya keluar dari kedainya. Kerana katanya, ini bukan al-Quran, ini telah berlaku penambahan dan pengurangan.

"Saya berbuat demikian kepada tiga kedai kitab yang berbeza. Ketika ketiga pemilik kedai memberikan respons yang sama.

"Dengan peristiwa itu, terbukalah hati saya dan saya mengetahui bahawa az-Zabur, at-Taurah dan al-Injil yang ada bukan lagi Kitab Allah. Tidak seperti al-Quran, ia tulen dan dipelihara Tuannya (Allah).

"Saya bertemu dengan ayat di dalamnya, Surah al-Hijr ayat 9. Kerana itulah saya yakin dengan al-Quran dan saya memeluknya," jelas Yahudi tersebut.

Bukan sahaja peristiwa itu, malah berlaku percubaan ada manusia cuba meminda al-Quran, namun al-Quran yang diubah dikumpul dan dimusnahkan seperti al-Quran yang pernah dicetak di Soviet Union (Rusia) suatu ketika dahulu.

Pernah berlaku di Malaysia tahun 1960-an, pegawai Masjid Negara mendapati ada al-Quran yang dipalsukan. Lalu dikumpul dan dimusnahkan.

Tidak seperti kitab-kitab lain, diubah dan dipinda oleh penulis-penulisnya yang menggunakan cara masing-masing, menulis kitab itu berdasarkan akal manusia, maka berlakulah kelainan.

Al-Qurannul Karim, datang daripada Allah SWT, dipelihara-Nya sampai ke Hari Kiamat. Wallahu a'lam.