Jot it down!

Bismillahirrahmanirrahim..
Aku ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai wanita yang aku baca dalam NurDiana's blog. Wajarlah kita sebagai kaum Hawa jot it down dalam kotak fikiran masing-masing. 

Wajib bagi wanita :-
~ Mengekalkan malu pada suaminya.
~ Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan. 
~ Mengikut kata-kata dan suruhannya. 
~ Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
~ Berdiri menyambut kedatangannya.
~ Berdiri menghantar pemergiannya.
~ Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
~ Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
~ Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
~ Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
~ Tiada khianat ketika tiada suaminya.
~ Memuliakan keluarga suaminya.
~ Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga. 
~ Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami  
padanya.

hardly to say~~

Assalamualaikum wbt..

Dah lame x update blog ni..nak cakap takde mase,maybe.
Semalam aku hantar email kat editor nstp ng tv3..td check email,xde lagi diorang reply.
Sok2 insyaALLAH de kot.Reject @ accept letak tepi belah kanan.

For The Rest Of my Life

For The Rest Of my Life
Album : thank you ALLAH
Munsyid : maher zain
http://liriknasyid.com

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

Siapakah dia?

Bismillahirrahmanirrahim...

Siapakah orang yang sibuk?
-Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
-Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata,”Inna lillahi wainna ilaihi rojiuun.” Lalu sambil berkata.”Ya Rabbi Aku reha dengan ketentuan-Mu”, sambil mengukir senyuman.

IKTIBAR

Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam sebuah keluarga, salah seorang anak gadis meninggal dunia.Keluarga gadis tersebut begitu bersedih hati.Ahli-ahli keluarganya yang lain menguruskan jenazah itu dengan baik dan mengebumikannya.

Sekembalinya dari pengebumian, seorang saudara perempuan itu teringat benda kesayangan si mati yang diperbuat daripada emas.Dia berhajat menanamkan benda itu di kubur saudaranya.

Ingatan untuk diriku..

Bismillahirrahmanirrahim..
Sekadar coretan untuk mengingati diri..

Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali
 Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
 Aku rumah yang gelap , maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
 Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
 Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
 Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan” Laa ilahaillallah,Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

SIRAH ISTERI-ISTERI NABI

1-Kisah isteri Nabi Adam a.s
--->Ketika Nabi Adam sedang tidur Allah telah memerintahkan kepada para malaikat agar mengeluarkan tulang rusuk Adam yang kiri tanpa merasa sakit.Kemudian Allah telah menciptakan Siti Hawa.Hawa sangat cantik dan menawan.Allah telah meletakkan dalam dirinya kesucian dan budi pekerti yang baik.Pernikahan antara Adam dan Hawa terjadi di syurga.Maharnya ialah tahlil dan tasbih kepada Allah S.W.T.

OTAK ORGAN MANUSIA TERHEBAT

Fakta Otak
• Otak yang berwarna krim dan bentuknya seperti banyak lipatan mempunyai berat di antara 1.3 hingga 1.4 kg terletak dalam tempurung tengkorak. Otak juga merupakan bahagian yang paling tinggi kepekatan neuronnya dalam sistem tubuh manusia.
• Saraf tunjang yang panjanganya lebih kurang 43 hingga 45 cm dan berat 35 hingga 40g dikelilingi tulang belakang.Saraf tunjang mengandungi 13 500 000 neuron atau saraf fiber dan merupakan bahagian tubuh manusia yang paling banyak saraf.

Improve Your Relationship With Al-Quran

Bismillahirrahmnirrahim
Entri kali ni aku ambil dari iluvislam.com
dihantar oleh : akrimimathwa
editor : almusafirq8

“O my Lord, indeed my people have taken this Qur’an as a thing (abandoned)”.
[Surah 25: 30]

credit to myself

Bismillahirrahmanirrahim..

Entri kali ni,simple but menusuk kalbu dan jantungku.
Aku hanya nak mengingatkan diri agar tidak lupa diri dan sentiasa buat yang terbaik untuk achieve my goals.So,here i write the stair to fight the trouble.Trouble is a friend..

Buat diri ini..
~Remember Allah always..
~Never give up
~Try for the best and let Allah do the rest.
~Study smart
~Don't waste your time

Doa dalam tangisan..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,Tuhan Semesta Alam..
Dah lama rasanya aku tak ber'd hearty' dengan blog yang satu ni.Al-maklumlah aku terlebih sudah pada blog yang satu lagi.Ter dan ter'anak tirikan' miss semerah mawar sehijau daun tanpa sengaja.

Dua hari lepas aku spent masa dengan kawan-kawan baik aku.Seronok sangat sampai tak terluah.Adehh..dah lama tak dapat peluang nak borak-borak dan cerita pasal hidup masing-masing so,kami bertiga cari port yang 'terbaek' untuk mulakan sesi hati ke hati.Nak dimulakan cerita,pertemuan ini tanpa dirancang.Alhamdulillah,kesannya manis sangat.Kalah manis gula kapas yang aku nampak kat Giant hari tu.

Marah dan kesannya kepada tubuh

Assalamualaikum wbt..

Secara psikologi, apa yang berlaku kepada diri seseorang itu apabila dia marah? Kadar denyutan jantung dan tekanan darahnya akan meningkat.Ini adalah kesan langsung akibat lebihan hormon adrenalin dalam sistem peredaran darah. Kekuatan fizikal juga akan meningkat manakala kewarasan dan daya berfikir menurun.

Organ-organ badan yang berada dalam kawalan,akan hilang kawalan.Lidah akan mengeluarkan kata-kata yang kesat dan mengguris hati,tangan akan memukul dan kaki akan menendang apa saja yang berada di kelilingnya, bahkan dia mungkin akan mencederakan dirinya sendiri.

hikmah sujud..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Sekadar mahu berkongsi..Ini adalah antara hikmah bersujud..

• Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
• Membetulkan pundi peranakan yang jatuh
• Melegakan sakit hernia
• Mengurangkan sakit senggugut ketika haid
• Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan
• Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa
• Meringankan bahagian pelvis

Prayers of Love Literature..



Ya Allah, if I fall in love, let my love be
for the one that love You so as to
strengthen my love for You.

Ya Allah, if I fall in love, please do not let
my love for him exceed my love for him,
except my love for You.

Ya Allah, if I fall in love, let me touch the heart of
someone who is near to You.

Ya Rabbana, if I fall in love, protect my heart so it
will not be distracted from remembering You

Ya Rabbul Izzati, if I am longing for someone,
let that someone be a person who yearns for
martyrdom in Your path.

Ya Allah, if I am longing for someone, let my
yearning for him be less than that Your paradise

Ya Allah, should You bestow upon me the love of
our loved one, let that pleasure not be more than
that of prostrating to You in the third of
the night..

Ya Allah, If I fall in love with Your loved one,
let me not fall in the long walk of calling people
towards You..

Ya Allah, should You permit me to long for Your
loved one, let exceed my pure love not my love
and eternal longing for You.

Ya Allah, only You know that our hearts
are together with love for You, meeting
through our loyalty to You, combined together
in preaching for You, uniting in defending Your law,
so please strengthen our bonds, eternalized our love,
show us the way, fill our hearts with Your light that can
never fade, widen our hearts with everlasting faith
in You and the beauty of surrounding ourselves to You.

(Adapted from Munajat Cinta)

ERTI PERSAHABATAN

Assalamualaikum wbt,,

Dalam hidup ini, kita tidak punyai sesiapa kecuali diri sendiri .Tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita lupa mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita,itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia member jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai. Kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu..tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu..
Renungilah..

MUTIARA KATA
“ Usah gelisah bila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia. Tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tidak ada lagi yang mengasihimu di akhirat nanti..”

Thank You Allah..

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..
Salam sayang dan salam ukhwah buat anda semua..
Really hope that all of you are in the best of health..
Sekadar ingin berkongsi cerita dan pengalaman di sini.

First and foremost..alhamdulillah..aku bersyukur tak terhingga kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-NYA aku masih mampu mengecapi nikmat iman dan bertemu dengan insan-insan tersayang yang aku letak khusus dalam hati aku.

Jumaat(6 Nov 2009)
*12 tengahari
-Selesai sahaja paper Linguistik dengan soalan yang menguji minda dan kesabaran aku,aku pun pergi ke kampus untuk cucuk duit dan mengambil Usim Today yang dah dicetak.Dah habis semua urusan, aku dan kawan-kawan pun berkejar terkedek-kedek menaiki bas untuk pulang ke Camellia.Jam dah menunjukkan hampir jam 1,so dah takde kelibat muslimin.Surely mereka buat preparation untuk sembahyang Jumaat.Alhamdulillah,amanlah sedikit sebab semua muslimat je so kalau nak kejar dan berebut bas tu tak yah cover sangat..huhu

*jam 1 lebih
-Dah sampai ke Camellia.Turun bas dengan perut berbunyi dan penuh harapan mengharapkan masih ada nasi dan lauk masih terhidang di gerai-gerai.Lapar sebab tak breakfast sebelum exam.Mata aku dah meliar bersama kaki melangkah menuju dari satu gerai dan ke satu gerai yang lain.Ala..dah takde makanan.Kecewa,hampa,dan sedih.So aku decide dengan kawan-kawan nak pergi lunch di Selera Anak Timur(SAT).Berjalanlah kami berlima-lima di bawah terik matahari demi mengharap sesuap nasi.hehe..
-Dah sampai di SAT.Aku pun tempah menu follow Kak Wan.Nasi putih+telur mata masak kicap+udang goreng masak kunyit.Air special sikit,teh ais..
-Semasa menjamu selera aku mendapati ada kelainan.Bibir seperti membengkak tapi aku hanya abaikan gara-gara kesedapan dan kelazatan makanan.Udang amat fresh seperti baru keluar dari laut tapi sedikit kecut sebab dah masuk dalam kuali,ditempek dengan kunyit dan dilenyek dengan sudip.huhu..7 ekor kesemuanya.Aku makan 5 ekor dan 2 lagi aku bagi pada Ena.Nikmatnya makan udang.Size boleh tahan dan harga letak belakang yang surenya udang kat depan mesti dihabiskan.I don't care dah orang kiri dan kanan.Yang pastinya aku fokus time makan.hehe..Telur mata yang memang favourite dan memang menyedapkan.Makanan yang simple pun boleh jadi sedap ape sebab perut dah lama jerit mintak diisi.Hmm..telur mata separuh masak,tukang masak yang masak separuh je sebab die nak jimat minyak kot.hehe..juz kidding!!

*jam 2 lebih
-Dah habis makan..alhamdulillah kenyang.Ala..ade kulit udang tersangkut kat throat.Rasenye makan tadi dah buang kulit selicin-licinnya..Tak mengapalah sampai rumah nanti aku kerjakan proses pengeluaran.Hmm..selepas dikira dengan kalkulator oleh pak cik tokey SAT,aku pun bayar dan menghulurkan not 10.Die kasi balik baki 2 hinggit.Hmm..mahalnya makan hari ini.Selalunya ni belanja untuk 2 hari.huhu..xpe2..yang penting sedap.Actually,aku tak kisah pun sebenarnya tapi memandangkan dah akhir sem..duit dalam bank dah makin semput.Sebagai anak yang baik adalah lumrah bagi seseorang itu mempunyai keseganan kepada parentnye untuk mintak duit di transfer ke akaun.Tak mengapalah,nanti aku cari jalan macam mana nak buat duit dalam akaun tu bertambah.=D
-Letihnya berjalan dengan bawak perut yang dah kenyang..hmm..tetiba je aku insaf.Lagi kesian dan simpati pada wanita yang mengandung.SubhanAllah..semoga Allah sentiasa merahmati golongan ibu dan bakal-bakal ibu..aameen..Haa macam mana lah gayanya mummy aku semasa mengusung aku dalam perut.Sukarnya nak imagine.Ta'ajubnya..that's why la syurga di bawah tapak kaki ibu.Pengorbanan mereka terlalu besar buat kita.Moga kita jadi anak-anak yang soleh dan solehah..aameen..

*jam hampir jam 3..
-Lepas solat,aku baring-baring.Perut dah terasa lain.Sakit dan terasa panas.Masuk toilet keluar toilet.Diarrhea again.Dari semalam lagi rasanya aku setia dengan toilet ni.huhu..Mata terasa gatal.Gatal ubatnya garu.Ish..kenapa pulak mata ni membengkak.Stomach dengan agendanya yang tersendiri.Gunalah CNI kawan aku cakap.Ok.
Kulit udang tak nak keluar lagi.Xpelah..mungkin die nak stay.Aku x charge pon,free je.Tak daya nak halau sebab hati aku ni budiman.hehe..
-Baik tidurlah insyaAllah mesti baik nanti,dalam hati aku berdoa penuh harapan.Eh..nak tepon mummy sebab hati aku x enak.Lepas borak dan cerita dengan dia aku pun ambil cermin belek muka.Bukan nak make-up tapi nak tengok kesan pembengkakan..Astaghfirullahalazim..dah melarat.Cepatnya penyebaran.Tadi memang mummy suruh pergi klinik takut sejarah time aku STPM berulang kembali.Tapi aku cakap nak tido dulu sebab mungkin bengkak tu baik, lagipun aku dah makan panadol.

(to b continue)-nak study Nahu jap..

Gambar Muslimah

بسم الله الرحمن الرحيم
Sekadar untuk renungan bersama,aku petik entri ini dari halaqah-online.Moga kita sama-sama memahaminya..aameen..

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

Penyelesaiannya

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam.

- dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar Dari Urdun~ dalam entri bertajuk Muslimah & Gambar

(Moga Allah memgampuni dosa-dosaku sebelum ini..aameen..)

haRGa sEkUntUm cInTa


Pada redup renungan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA


(Far-East)

sanah helwah buat saleha,dila n aishah..

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt..
Juz simple message i leave here..
Buat Saleha Salleh,Noor Adila Abu dan Siti Aishah bt Sheikh Zahari..
kak fiza nak wish hepi belated birthday untuk anda bertiga..happy sweet 21.

Sal(4 Nov),Dila(7 Nov)dan Ecah(8 Nov)..Maaf tak wish on time.
So,kat sini kak Fiza wat entri special to you all..
*Sanah Helwah
*Moga panjang umur dan murah rezeki
*Moga sentiasa tabah dan kuat
*Belajar rajin-rajin.Moga kita sama-sama berjaya.
*Moga kita sentiasa berusaha untuk jadi hamba Allah yang terbaik
*Semoga Allah sentiasa merahmati hidup kita
*Semoga berjaya di dunia dan akhirat

Salam sayang..

Linguistic??

Assalamualaikum wbt..
Salam sayang buat semua..
Aku cuma nak melepaskan kebimbangan di sini.Esok aku ada paper Linguistik.Sejujurnya subjek ini aku x mampu nak kuasai lagi.Dah satu sem belajar.Tapi tak boleh nak catch up semua.Hati ni memang bimbang---->(@_@)

Kaedah tahwili dan taulidi.Aku pon masih confius..Nak kata tak baca,dah baca buku ni.Tapi bila buat wat revision macam baru nak belajar balik.Risau.Sok nak jawab ape ea?Aku tanya kawan-kawan yang lain.Mintak pendapat dan bertanya.Tapi jawapan mereka macam aku juga."Dah baca tapi tak berapa nak faham".So,aku kena study lagi.

Tadi selak buku lagi dan mula membaca.Dah lama membaca baru tersedar,rupa-rupanya aku tak faham apa yang aku baca.Aku ulang lagi.Masih tak faham.Shortly,sekarang aku dalam masa berehat.Menggunakan masa ini untuk lepaskan kebimbangan.

Ferdinand de Saussure dan Chomsky..thanks sebab both of u memang mantap.Tapi kaedah you all i tak boleh nak ingat semua.hehe..Aku dah hafal sikit-sikit pasal Mustawa Sorfi dan Nahwi.Mudah-mudahan Allah kuatkan ingatan dan hafalanku dan boleh goreng selazat yang mungkin esok,aameen.Esok ada soalan betul dan salah jugak.Hmm.. i prefer multiple choice question rather than true and false question.Boleh guna dadu.Tapi esok aku nak guna apa pulak..??

Apa lagi ye bentuk soalan Dr.Asma? Masakan yang dah terlebih baca boleh confius inikan pula yang kurang baca,hmm..Dah ingat,esok ada soalan tahlil.Suka tak suka aku kena jawab jugak.Ala..risaunye..=( Mencabar betul la subjek ni.Subjek lain aku boleh tahan lagi.Linguistik??

Dah la..tak nak bebel dah.Nak study Linguistik balik. Moga Allah permudahkan dan mudah-mudahan aku dapat faham sebaiknya,aameen..

Oklah..take care ye untuk kamu semua..Doakan aku berjaya dengan cemerlang..
tata dan assalamualaikum wbt..
zai jian..(>_<)