OTAK ORGAN MANUSIA TERHEBAT

Fakta Otak
• Otak yang berwarna krim dan bentuknya seperti banyak lipatan mempunyai berat di antara 1.3 hingga 1.4 kg terletak dalam tempurung tengkorak. Otak juga merupakan bahagian yang paling tinggi kepekatan neuronnya dalam sistem tubuh manusia.
• Saraf tunjang yang panjanganya lebih kurang 43 hingga 45 cm dan berat 35 hingga 40g dikelilingi tulang belakang.Saraf tunjang mengandungi 13 500 000 neuron atau saraf fiber dan merupakan bahagian tubuh manusia yang paling banyak saraf.

• Sistem saraf periferi menjadi penghubung di antara bahagian badan dengan sistem saraf pusat.
• Sistem saraf autonomic pula mengawal dan mengkoordinasikan fungsi proses luar kawal seperti denyutan jantung penghadaman, perkumuhan dan pernafasan. Sistem saraf autonomik ini juga dihubungkan kepada sistem saraf pusat.
Perkembangan Otak
• Otak merupakan organ yang paling dalam kompleks dan menakjubkan. Ini disebabkan organ ini menyerlahkan sifat dan rupanya seawal kejadian manusia.
• Saiz kepala bayi yang baru dilahirkan lebih besar berbanding saiz badannya kerana perkembangan otak lebih pantas daripada organ lain.
• Otak dan saraf tunjang merupkan organ pertama yang terbentuk semasa peringkat embrio di dalam kandungan ibu.
• Otak berkembang pada kadar yang menakjubkan.
• Pada masa perkembangan otak, 250 000 neoron bertambah setiap minit.
• Pada masa kelahiran hamper kesemua neuron telah ada pada otak.Tetapi otak terus berkembang beberapa tahun selepas kelahiran.
• Pada usia dua tahun,saiz otak ialah 80% daripada saiz otak orang dewasa.
• Bagaimanakah otak boleh terus berkembang sedangkan ketika kelahiran hamper kesemua neuron telah wujud di dalam otak? Ini disebabkan sel glia masih terus membahagi dan mengganda.Sel glia membawa banyak fungsi penting termasuk mengeluarkan meilin untuk saluran neuron.

Struktur Otak Manusia
Otak manusia terdiri daripada beberapa bahagian.Bahagian utama otak terdiri daripada:
-Otak hadapan yang terdiri daripada serebrum dan diensefalon.Serebrum juga dipanggil korteks atau korteks serebral dan merupakan bahagianotak yang terbesar. Proses pemikiran, pergerakan terkawal,bahasa, persepsi, penaakulan berlaku di korteks. Diensefalon terdiri daripada talamus dan hipotalamus.
-Serebelum yang terletak di bawah serebrum merupakan bahagian otak yang kedua terbesar.
-Saraf tunjang menerima maklumat daripada sistem sensori iaitu kulit, mata, telinga, lidah, hidung dan anggota badan yang lain seterusnya mengeluarkan arahan motor untuk melakukan pergerakan.
-Batang otak yang terdiri daripada medula, pons dan otak tengah. Medula dan pons merupakan sambungan antara saraf tunjang dan bahagian atas otak.Batang otak mengawal fungsi refleks dan proses luar kawal seperti denyutan jantung, tekanan darah, bersin dan pernafasan.

0 GosiP bErduRi:

Post a Comment