IKTIBAR

Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam sebuah keluarga, salah seorang anak gadis meninggal dunia.Keluarga gadis tersebut begitu bersedih hati.Ahli-ahli keluarganya yang lain menguruskan jenazah itu dengan baik dan mengebumikannya.

Sekembalinya dari pengebumian, seorang saudara perempuan itu teringat benda kesayangan si mati yang diperbuat daripada emas.Dia berhajat menanamkan benda itu di kubur saudaranya.


Pada malam itu, dia pun pergi ke kubur dan menggali kubur. Alangkah terkejutnya dia kerana didapati kubur saudaranya itu penuh dengan api. Dia segera pulang untuk bertanya kepada ibu si mati.
“Apakah yang dilakukan semasa hidupnya yang membuat kubur saudaraku penuh dengan api?” Tanya gadis itu kepada ibunya.

Ibunya berkata bahawa setahunya gadis yang meninggal itu tidak berbuat mungkar. Bagaimanapun gadis itu selalu keluar pada malam hari untuk mendengar perbualan jiran-jirannya. Dia juga suka menceritakan kembali apa yang didengarinya kepada jiran yang lain sehingga timbul fitnah antara mereka.

Memfitnah adalah perbuatan haram. Ia termasuk dosa besar di sisi Allah S.W.T, dan perbuatan itu lebih berbahaya daripada pembunuhan. Oleh itu, kita mestilah menjaga diri kita dari perbuatan fitnah dan mengadu domba sebaliknya kita hendaklah mempertingkatkan persaudaraan sesama Islam.

0 GosiP bErduRi:

Post a Comment